"Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang salih, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang- orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!"
(Surah Fussilat:Ayat 33)

Sunday, October 31, 2010

:.Sejenak Munajat Bersama SHAP.:

Sabda Nabi SAW: Apabila kamu melewati taman syurga, hendaklah kamu ikut sama menikmatinya. Sahabat bertanya: Apakah itu taman syurga wahai Rasulullah ? Jawab Baginda SAW: Ialah perhimpunan zikir iaitu majlis ilmu. HR Tirmidzi dan Ahmad

Board Balai Islam di Surau

Alhamdulillah, pada 28 Oktober 2010 yang lalu, Balai Islam Astar telah menganjurkan Tazkirah dan Solat Hajat Ambang Peperiksaan yang lebih dikenali sebagai SHAP. Program pengisian diadakan menjelang musim peperiksaan ini, pada kali ini telah menampilkan Saudara Hizami Bin Hadri. Beliau merupakan bekas penghuni ASTAR.


Saudara Hizami yang sedang menyampaikan tazkirahnya


Alhamdullillah, kehadiran pada kali ini amat memuaskan. Memang dapat sambutan yang menggalakkan. Majlis ini bermula dengan aktiviti 'iftar' iaitu berbuka puasa di dalam surau. Selepas selesai beriftar maka solat maghrib telah dilakukan secara jemaah dan disusuli dengan tazkirah.  Tazkirah yang disampaikan oleh Saudara Hizami berkaitan mengenai solat yang merupakan medium atau senjata bagi umat Islam. Menceritakan mengenai bagaimana solat itu sendiri dapat menjaga diri kita sendiri sekiranya solat itu memang dijaga dengan sebaiknya. 


Muslimin yang sedang khusyuk mendengar tazkirah yang diberikan

Begitu juga dengan muslimat


Seperti riwayat ini menyatakan "Sembahyang itu tiang agama, sembahyang itu anak kunci segala kebaikan" (Riwayat Tabrani) dan Allah S.W.T juga telah berfirman yang bermaksud : " Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Qur'an, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.(surah Al-ankabut: 45). Dengan solat ia memberi kita ketenangan jiwa yang dapat menyelesaikan masalah jika sesuatu masalah itu berlaku dan solat juga akan membawa  kejayaan kepada orang mukmin tetapi hendaklah dilakukan dengan khusyuk juga serta ikhlas kerana Allah S.W.T.




Selepas tazkirah disampaikan, disusuli dengan solat isyak yang dilakukan secara berjemaah. Majlis diteruskan dengan solat hajat dan seterusnya membaca tahlil. Dan majlis ini dilengkapi dan diakhiri dengan mengadakan sedikit jamuan yang diberikan kepada jemaah muslimin dan muslimat yang hadir pada majlis tersebut. 



Menunaikan solat hajat

Menyempurnakan majlis dengan bacaan tahlil

Bacaan doa diketuai oleh Pengerusi Balai Islam ASTAR (Saudara Hanif)

Menjamu selera dalam jamuan yang diberikan

Ukhuwah yang terjalin antara muslimin 



Moga dengan majlis ini diadakan dapt memberi 1001 makna dan memberi pgajaran kepada kita. Tak kurang juga kita dapat menambah ilmu dari tazkirah yang disampaikan. Yang baik kita ambil untuk dijadikan diapllikasikan dalam kehidupan seharian. Kita juga sampaikanlah ilmu tersebut kepada yang tidak berkesempatan untuk menghadiri majlis tersebut. Kami daripada pihak Balai islam memohon sejuta kemaafan andai berlaku kekurangan, boleh saya katakan, kami hanya sebagai medium perantara untuk mengingatkan diri sendiri dan juga kalian, tetapi setiap perubahan untuk menuju ke tahap yang lebih baik itu, pastinya bermula daripada diri anda sendiri, sesuai dengan firman Allah di dalam Surah Ar Raad ayat 11: "Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum, sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri."


Dari kiri : Saudara hasyim (Ex-Officio), Saudara Hizami dan Saudara Hanif


p/s : Terima kasih kepada semua yang hadir, mengimarahkan majlis Balai Islam ASTAR. Selamat menghadapi peperiksaan yang akan menjelang tidak lama lagi. =)

Wednesday, October 27, 2010

:.Peperiksaan?.:







Musim peperiksaan akan tiba tak lama lagi. Semua orang bertungkus-lumus menyiapkan diri untuk menghadapi peperiksaan ini. Peperiksaan merupakan satu kemestian bagi setiap yang bergelar pelajar; merupakan medan untuk menentukan kelayakan dan kemampuan seorang pelajar dalam memahami apa yang telah dipelajari.


Berusaha itu berusahalah juga, tetapi apakah cukup hanya dengan usaha sahaja?

Mungkin ramai yang melihat usaha sahaja sudah mencukupi. Tetapi apakah kita tahu bahawa usaha itu tidak akan memberikan kita kejayaan jika Allah SWT tidak mengizinkannya. Maka apa yang perlu kita lakukan adalah Do'a.

Sebagaimana Firman Allah SWT:

...وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ
"Dan Tuhanmu berfirman Berdo'alah kepadaKu, Nescaya akanKu perkenankan kepadamu."
(Surah Ghafir: Ayat 60)

Jadi Do'alah seboleh yang kita mampu. Sebelum peperiksaan, Semasa Peperiksaan, Selepas Peperiksaan. Do'a, do'a, dan do'a. Insya-Allah, jika kita istiqomah, Maka Allah akan membalasnya dengan kejayaan yang setimpal dengan apa yang kita usahakan.

Bila usaha dah buat, Do'a dah buat, nak buat apa lagi ye?

Haa, benda yang perlu kita buat selepas kita dah berusaha, dah berdo'a ialah tawakal kepada Allah SWT. Kita berserah kepada Allah dengan sebenar-benar penyerahan. Tawakal tu tawakal jugalah, tapi jangan sampai tak jawab soalan peperiksaan pula. Nanti dapat kosong pula.

Yang paling penting kita mestila jaga hubungan dengan Allah ( HabluminaAllah) dan manusia ( Habluminannas).

:.Doa2 yang boleh diamalkan untuk sepanjang dalam stadi week dan mggu peperiksaan.:

Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna sewaktu menelaah matapelajaran:


اللَّهُمَّ ارْزُقْنَا فَهْمَ النَّبِيِّينَ وَحِفْظَ المُرْسَلِينَ وإلْهَامَ المَلاَئِكَةِ المُقَرَّبِينَ فِي عَافِيَةٍ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ
“Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul, serta ilham daripada para Malaikat yang hampir dengan-Mu, kurniakanlah kami kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih.”

Doa sebelum masuk ke dalam kelas atau dewan peperiksaan:


وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدا
“Ya Allah, persiapkanlah kami akan urusan kami dengan petunjuk-Mu.”

Doa apabila terlupa ketika menjawab soalan:


سُبْحَانَ مَن لاَّ يَنَامُ وَلاَ يَسْهُو. اللَّهُمَّ ذَكِّرْنِي مَا نَسِيتُ
“Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa. Wahai Tuhanku, ingatkanlah daku apa-apa yang kulupa.”

Doa memohon kejayaan cemerlang:


اللَّهُمَّ إني أسْألُكَ الفَوْزَ عِنْدَ القَضَاءِ وَمَنَازِلَ الشُهَدآءِ وَعَيْشَ السُّعَدآءِ وَالنَّصْرُ عَلَى الأعْدآءِ
“Ya Allah, kami memohon daripada-Mu kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada’, dan kehidupan mereka yang bahagia serta kemenangan ke atas musuh.”

"Ma'a Taufiq Wannajah Fil Imtihan. Man Jadda Wa Jadda "

Wednesday, October 20, 2010

:.Solat Hajat Ambang Peperiksaan(SHAP).:



Setiap orang mempunyai cita-cita dan hasrat. Untuk mencapainya kita memerlukan usaha dan ikhtiar. Salah satu daripadanya yang boleh kita lakukan untuk mencapainya ialah dengan memohon hajat kepada Allah melalui Solat Hajat. InsyaAllah Pada 28 Oktober 2010, Balai Islam ASTAR akan menganjurkan Solat Hajat Ambang Peperiksaan(SHAP) beserta dengan tazkirah sempena musim peperiksaan yang akan datang, sebagaimana yang diajarkan oleh Islam itu sendiri, setiap usaha disusuli dgn tawakal. Kita dapat mengambil intipati-intipati daripada tazkirah tersebut untuk diamalkan di dalam kehidupan harian. Kerana ilmu yang tidak diamal ibarat pokok yang tidak mengeluarkan buahnya. Disamping akademik, rohani juga perlulah seimbang dan ia juga perlu diberikan perhatian yang paling utama dalam menjadi seorang muslim yang sejati dan berjaya.  

Sabda Rasulullah s.a.w : "Masa yang paling dekat antara hamba dengan TuhanNya ialah ketika sujud. Oleh itu, perbaikkanlah berdoa ketika sujud."

Sunday, October 17, 2010

:.Circle Of Ukhuwah.:




COU ataupun Circle Of Ukhuwah adalah salah satu program balai islam yg lebih bersifat komunikasi dua hala, dimana di dalam program ini, akan dibentukkan secara berkumpulan dan dari sini juga anda boleh berkongsi dan berbincang tentang ilmu agama, akademik, dan sebagainya. COU juga adalah medium dakwah yang membincangkan ,memahami dan menghayati Islam berdasarkan kepada perintah Allah di dalam surah al-Maaidah ayat 2 yang bermaksud “ Dan hendaklah kamu bertolong-tolong untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolong dalam membuat dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaan-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintahnya). 



Ayuh sama2 kita mengimarahkan program ini dan meningkatkan mutu ukhuwah dan persaudaraan sesama kita InsyaAllah. :-)

Saturday, October 16, 2010

::Jamuan Hari Raya Balai Islam::

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, Pada 26 september lalu, Balai Islam ASTAR telah berjaya menganjurkan satu aktiviti yang bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim sesama ahli, iaitu Jamuan Hari Raya Balai Islam, program ini diadakan di Tasik Varsity University Malaya. 
Sepanjang aktiviti dijalankan, pelbagai program telah diselitkan bersama untuk memeriahkan lagi suasana yang wujud sesama ahli, diantaranya kuliah pagi yang disampaikan oleh saudara Hizami, usrah kumpulan yang diadakan bagi menambah ilmu di dada, dan beberapa game yang dimainkan untuk mewujudkan interaksi sesama ahli kumpulan justeru mewujudkan keakraban sesama ahli. Perkara yang paling dinanti-nantikan dalam program ini, semestinya makan kan?? Seterusnya, kami dihidangkan dengan jamuan yang sangat lazat untuk santapan kami pada hari tersebut. Sedikit gambar sebagai tatapan dan juga kenangan semasa aktiviti tersebut.

Saudara Hizami sedang memberi tazkirah yang berbentuk nasihat dan pengajaran kepada Ahli Balai Islam

Semua ahli khusyuk dan memberi tumpuan yang sepenuhnya ketika diberikan tazkirah untuk dijadikan sebagai pedoman hidup

Pengerusi (saudara Hanif) dan Saudara Asyraf sbg Pengerusi Majlis menerangkan tentatif majlis yang dilakukan pada hari tersebut.

Warga muslimat sedang mengagihkan makanan untuk dijadikan santapan pada hari tersebut.

Dari kiri Saudara Azhari dan Saudara Hasyim (merupakan Ex-Officio Balai Islam) yang sedang menjamah makanan

Ini merupakan salah satu aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut 

Warga Putera Balai Islam dan bersama-sama Saudara Hizami

Barisan Putera Balai Islam 2010/2011

Barisan Puteri Balai Islam 2010/2011

Semoga aktiviti ini dapat dijalankan lagi kerana dapat merapatkan ukhuwah yang terjalin sesama Keluarga Balai Islam ASTAR. Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Jibril sentiasa mewasiatkan kepadaku mengenai jiran tetangga sehingga aku mengira bahawa beliau iaitu jiran tersebut yang akan mewarisinya (pusaka). InsyaAllah~ 

Friday, October 15, 2010

:.Dai atau Daki?.:


Dakwah ialah satu kewajipan dan satu kemulian bagi umat ini. Tugas menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran ini adalah sebaik-baik kerja yang ditugaskan kepada kita. 
Setiap orang telah Allah meletakkan penghargaan sebagai khaira ummati iaitu sebaik-baik umat,hanya kerana tugas dakwah ini.


Apakah itu dakwah?
Dakwah ialah mengajak kepada kebaikan dan menghalang daripada kerosakan. Dakwah juga banyak pecahan dan bentuk-bentuknya. Cukuplah untuk kita faham bahawa dakwah itu hukumnya wajib kpd setiap individu dgn tahap yg berbeza-beza.
Dai bukan Daki
Sesuatu yang menyayat hati dan telah lama saya pendam dalam-dalam. Biarlah saya ceritakan supaya ia menjadi iktibar. Saya terkilan dengan beberapa kelompok manusia yang kononnya melaksanakan dakwah, melaksanakan amar makruf nahi mungkar tapi dalam masa yang sama mereka tertinggal satu elemen yang sangat penting dalam berdakwah. Peristiwa ini berlaku kepada kenalan saya sendiri. Dia hebat. Dalam banyak perkara, saya kagum dengan dia. Cuma saya terkilan dengan tindakan melulunya dalam melabel manusia dengan gelaran yang buruk. Tiada sifat berbaik sangka.
Kesilapan Kita
Kita jahil. Oleh itu, kira perlu mempelajari ilmu. Kita tidak sedar, bahawa tugas kita hanyalah menyeru manusia kepada kebaikan, bukannya melaknat manusia. Apa yang terjadi, si dai itu marahkan sahabatnya yang kononnya suka mencarut, lalu tanpa berfikir panjang sahabat itu dilabel sebagai syaitan lalu dihebahkannya pula. Apa kurangnya dia dengan syaitan? Hanya tahu memalukan orang lain sahaja!
Tembok Kebencian
Saya pasti ini adalah salah satu punca mengapa golongan yang menyeru kepada kebaikan dibenci. Mereka bukan dibenci kerana tanggungjawab Islam, sebaliknya dibenci kerana kecurangan mereka, menjual nama Islam dengan nafsu. Ramai daripada kita yang menegur, berdakwah dan menasihat kerana kepentingan peribadi seperti mahu dipandang mulia oleh orang lain.
Ada. Saya sangat pasti mengenai kewujudan golongan ini. Lebih-lebih lagi di laman sosial atau di blog. Dia akan menghentam orang itu habis-habisan, melabelnya dengan label yang keji kerana mahu menunjukkan dirinya baik. Tidakkah kita sedar, bahawa Iblis yang pernah menjadi penghulu para malaikat dihalau keluar dari syurga kerana ucapan keramat, "Ana khairun minhu," maksudnya "Aku lebih baik daripada dia!"
Bersangka Baik
Husnudzon. Semua orang tahu. Tahu sebut, tahu berhujah tetapi tidak tahu mempraktikkannya. Bersangka baiklah sesama makhluk. Mungkin orang yang kita tegur itu, hari ni dia tidak mahu dengar, tapi jangan sesekali kita mencanangkan keburukannya.
Pada zaman Rasulullah dahulu, Rasulullah telah menyenaraikan 360-370 nama orang munafik dan ia adalah rahsia. Ia adalah rahsia! Sedangkan Rasulullah pun merahsiakan nama orang munafik, apakah kita lebih mulia daripada Rasulullah untuk menyatakan si polan itu syaitan dan si polan itu orang yang tertutup hatinya?
Hikmah Kebijaksaan
Allah berfirman maksudnya: "Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orangyang sesat daripada jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah pertunjuk."(Surah An-Nahl: Ayat 125)


Kesimpulan
Harus kita ingat, kewajipan kita ialah menegur kesalahan, menasihati kekurangan dan mencegah kemungkaran. Allah tidak menyuruh kita mengumpat apatah lagi mencanang keburukan orang lain. Persaudaraan Islam itu perlu dijaga bahkan asas dalam berdakwah ialah kasih sayang. Jangan lagi menegur kerana benci atau dendam. Tegurlah kerana sayang.
Jangan membenci pelaku maksiat, sebaliknya benci hanya kepada maksiat yang dilakukan. Akibat jahil dan tidak berhikmah, orang lain bukan sahaja menjadi semakin jauh daripada Islam sebaliknya membenci Islam. Siapa yang mahu bertanggungjawab di atas perkara ini? Kita selalu mengina orang lain kerana kesilapan yang dilakukannya, tapi pernahkah kita mendoakan mereka? Adakah kita dai atau daki?


Sumber : Iluvislam.com    EDITOR: RASAILUL ASHWAQ