Musim peperiksaan akan tiba tak lama lagi. Semua orang bertungkus-lumus menyiapkan diri untuk menghadapi peperiksaan ini. Peperiksaan merupakan satu kemestian bagi setiap yang bergelar pelajar; merupakan medan untuk menentukan kelayakan dan kemampuan seorang pelajar dalam memahami apa yang telah dipelajari.
Berusaha itu berusahalah juga, tetapi apakah cukup hanya dengan usaha sahaja?
Mungkin ramai yang melihat usaha sahaja sudah mencukupi. Tetapi apakah kita tahu bahawa usaha itu tidak akan memberikan kita kejayaan jika Allah SWT tidak mengizinkannya. Maka apa yang perlu kita lakukan adalah Do'a.
Sebagaimana Firman Allah SWT:
...وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ
"Dan Tuhanmu berfirman Berdo'alah kepadaKu, Nescaya akanKu perkenankan kepadamu."
(Surah Ghafir: Ayat 60)
(Surah Ghafir: Ayat 60)
Jadi Do'alah seboleh yang kita mampu. Sebelum peperiksaan, Semasa Peperiksaan, Selepas Peperiksaan. Do'a, do'a, dan do'a. Insya-Allah, jika kita istiqomah, Maka Allah akan membalasnya dengan kejayaan yang setimpal dengan apa yang kita usahakan.
Bila usaha dah buat, Do'a dah buat, nak buat apa lagi ye?
Haa, benda yang perlu kita buat selepas kita dah berusaha, dah berdo'a ialah tawakal kepada Allah SWT. Kita berserah kepada Allah dengan sebenar-benar penyerahan. Tawakal tu tawakal jugalah, tapi jangan sampai tak jawab soalan peperiksaan pula. Nanti dapat kosong pula.
Yang paling penting kita mestila jaga hubungan dengan Allah ( HabluminaAllah) dan manusia ( Habluminannas).
:.Doa2 yang boleh diamalkan untuk sepanjang dalam stadi week dan mggu peperiksaan.:
Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna sewaktu menelaah matapelajaran:
Doa sebelum masuk ke dalam kelas atau dewan peperiksaan:
Doa apabila terlupa ketika menjawab soalan:
Doa memohon kejayaan cemerlang:
اللَّهُمَّ ارْزُقْنَا فَهْمَ النَّبِيِّينَ وَحِفْظَ المُرْسَلِينَ وإلْهَامَ المَلاَئِكَةِ المُقَرَّبِينَ فِي عَافِيَةٍ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ
“Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul, serta ilham daripada para Malaikat yang hampir dengan-Mu, kurniakanlah kami kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih.”Doa sebelum masuk ke dalam kelas atau dewan peperiksaan:
وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدا
“Ya Allah, persiapkanlah kami akan urusan kami dengan petunjuk-Mu.”Doa apabila terlupa ketika menjawab soalan:
سُبْحَانَ مَن لاَّ يَنَامُ وَلاَ يَسْهُو. اللَّهُمَّ ذَكِّرْنِي مَا نَسِيتُ
“Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa. Wahai Tuhanku, ingatkanlah daku apa-apa yang kulupa.”Doa memohon kejayaan cemerlang:
اللَّهُمَّ إني أسْألُكَ الفَوْزَ عِنْدَ القَضَاءِ وَمَنَازِلَ الشُهَدآءِ وَعَيْشَ السُّعَدآءِ وَالنَّصْرُ عَلَى الأعْدآءِ
“Ya Allah, kami memohon daripada-Mu kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada’, dan kehidupan mereka yang bahagia serta kemenangan ke atas musuh.”"Ma'a Taufiq Wannajah Fil Imtihan. Man Jadda Wa Jadda "
0 comments:
Post a Comment