Sabda Nabi SAW: Apabila kamu melewati taman syurga, hendaklah kamu ikut sama menikmatinya. Sahabat bertanya: Apakah itu taman syurga wahai Rasulullah ? Jawab Baginda SAW: Ialah perhimpunan zikir iaitu majlis ilmu. HR Tirmidzi dan Ahmad
Alhamdulillah, pada 28 Oktober 2010 yang lalu, Balai Islam Astar telah menganjurkan Tazkirah dan Solat Hajat Ambang Peperiksaan yang lebih dikenali sebagai SHAP. Program pengisian diadakan menjelang musim peperiksaan ini, pada kali ini telah menampilkan Saudara Hizami Bin Hadri. Beliau merupakan bekas penghuni ASTAR.
Saudara Hizami yang sedang menyampaikan tazkirahnya
Alhamdullillah, kehadiran pada kali ini amat memuaskan. Memang dapat sambutan yang menggalakkan. Majlis ini bermula dengan aktiviti 'iftar' iaitu berbuka puasa di dalam surau. Selepas selesai beriftar maka solat maghrib telah dilakukan secara jemaah dan disusuli dengan tazkirah. Tazkirah yang disampaikan oleh Saudara Hizami berkaitan mengenai solat yang merupakan medium atau senjata bagi umat Islam. Menceritakan mengenai bagaimana solat itu sendiri dapat menjaga diri kita sendiri sekiranya solat itu memang dijaga dengan sebaiknya.
Seperti riwayat ini menyatakan "Sembahyang itu tiang agama, sembahyang itu anak kunci segala kebaikan" (Riwayat Tabrani) dan Allah S.W.T juga telah berfirman yang bermaksud : " Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Qur'an, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan." (surah Al-ankabut: 45). Dengan solat ia memberi kita ketenangan jiwa yang dapat menyelesaikan masalah jika sesuatu masalah itu berlaku dan solat juga akan membawa kejayaan kepada orang mukmin tetapi hendaklah dilakukan dengan khusyuk juga serta ikhlas kerana Allah S.W.T.
Selepas tazkirah disampaikan, disusuli dengan solat isyak yang dilakukan secara berjemaah. Majlis diteruskan dengan solat hajat dan seterusnya membaca tahlil. Dan majlis ini dilengkapi dan diakhiri dengan mengadakan sedikit jamuan yang diberikan kepada jemaah muslimin dan muslimat yang hadir pada majlis tersebut.
Moga dengan majlis ini diadakan dapt memberi 1001 makna dan memberi pgajaran kepada kita. Tak kurang juga kita dapat menambah ilmu dari tazkirah yang disampaikan. Yang baik kita ambil untuk dijadikan diapllikasikan dalam kehidupan seharian. Kita juga sampaikanlah ilmu tersebut kepada yang tidak berkesempatan untuk menghadiri majlis tersebut. Kami daripada pihak Balai islam memohon sejuta kemaafan andai berlaku kekurangan, boleh saya katakan, kami hanya sebagai medium perantara untuk mengingatkan diri sendiri dan juga kalian, tetapi setiap perubahan untuk menuju ke tahap yang lebih baik itu, pastinya bermula daripada diri anda sendiri, sesuai dengan firman Allah di dalam Surah Ar Raad ayat 11: "Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum, sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri."
Dari kiri : Saudara hasyim (Ex-Officio), Saudara Hizami dan Saudara Hanif
p/s : Terima kasih kepada semua yang hadir, mengimarahkan majlis Balai Islam ASTAR. Selamat menghadapi peperiksaan yang akan menjelang tidak lama lagi. =)

Muslimin yang sedang khusyuk mendengar tazkirah yang diberikan
Begitu juga dengan muslimat

Menunaikan solat hajat
Menyempurnakan majlis dengan bacaan tahlil
Bacaan doa diketuai oleh Pengerusi Balai Islam ASTAR (Saudara Hanif)
Menjamu selera dalam jamuan yang diberikan
Ukhuwah yang terjalin antara muslimin
Moga dengan majlis ini diadakan dapt memberi 1001 makna dan memberi pgajaran kepada kita. Tak kurang juga kita dapat menambah ilmu dari tazkirah yang disampaikan. Yang baik kita ambil untuk dijadikan diapllikasikan dalam kehidupan seharian. Kita juga sampaikanlah ilmu tersebut kepada yang tidak berkesempatan untuk menghadiri majlis tersebut. Kami daripada pihak Balai islam memohon sejuta kemaafan andai berlaku kekurangan, boleh saya katakan, kami hanya sebagai medium perantara untuk mengingatkan diri sendiri dan juga kalian, tetapi setiap perubahan untuk menuju ke tahap yang lebih baik itu, pastinya bermula daripada diri anda sendiri, sesuai dengan firman Allah di dalam Surah Ar Raad ayat 11: "Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum, sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri."
Dari kiri : Saudara hasyim (Ex-Officio), Saudara Hizami dan Saudara Hanif
p/s : Terima kasih kepada semua yang hadir, mengimarahkan majlis Balai Islam ASTAR. Selamat menghadapi peperiksaan yang akan menjelang tidak lama lagi. =)
4 comments:
bittaufiq wannajah. :)
Post a Comment