COU ataupun Circle Of Ukhuwah adalah salah satu program balai islam yg lebih bersifat komunikasi dua hala, dimana di dalam program ini, akan dibentukkan secara berkumpulan dan dari sini juga anda boleh berkongsi dan berbincang tentang ilmu agama, akademik, dan sebagainya. COU juga adalah medium dakwah yang membincangkan ,memahami dan menghayati Islam berdasarkan kepada perintah Allah di dalam surah al-Maaidah ayat 2 yang bermaksud “ Dan hendaklah kamu bertolong-tolong untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolong dalam membuat dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaan-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintahnya).
Ayuh sama2 kita mengimarahkan program ini dan meningkatkan mutu ukhuwah dan persaudaraan sesama kita InsyaAllah. :-)
0 comments:
Post a Comment