"Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang salih, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang- orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!"
(Surah Fussilat:Ayat 33)

Thursday, December 15, 2011

Solat Hajat Ambang Peperiksaan 11


Assalamualaikum..

InsyaAllah pada 21 Disember 2011 ini akan diadakan solat hajat bersempena dengan musim peperiksaan yang akan bakal menjelma nanti. Marilah kita ramai-ramai meriahkan lagi aktiviti solat hajat kali ini.

“1000 miles of journey begin with one step”.

Seringkali apabila merasa ‘sempit’ dan dalam keadaan ‘terpaksa’, baru kita teringat kepada Pencipta. Kalau di waktu ‘lapang’ dan ‘tidak memerlukan’ maka kita seolah-olah membuang Tuhan, na’uzubillah.

Di ambang peperiksaan, ramai yang menjadi takut dan susah hati. Bimbang tidak mampu memberikan keputusan yang terbaik di mata ibu bapa, bimbang tidak mampu mengekalkan kecemerlangan lalu, bimbang tidak mampu menaikkan peratusan kelulusan yang lalu,bimbang tidak dapat keputusan yang ditarget dan kebimbangan-kebimbangan ini hanya lahir di ambang peperiksaan sedangkan di saat peperiksaan masih jauh (lambat lagi) kita merasa seolah-olah ‘dunia ini aku yang punya’ tanpa ada kesedaran dan minat untuk BERUSAHA. Di samping itu, kita hendaklah menjaga hubungan sesama manusia. Hablum minaLLAH wa hablum minannas.

TAWAKKAL kepada Allah dengan meletakkan seluruh pengharapan hanya kepada Allah yang pasti akan membantu hamba-hamba Nya. Serahkanlah hatimu kepada Allah, NATIJAH (keputusan) itu adalah urusan Allah.



Peperiksaan bukan hanya medan menguji ketajaman fikiran dan tumpuan minda untuk mencerna maklumat yang sudah di’download‘kan ke dalam otak, peperiksaan juga bukan sekadar menguji kepintaran seseorang dalam mengaplikasikan teori yang dihadamkan ke dalam sel-sel otak.

Menjelang peperiksaan kita akan memohon kemaafan dan meminta orang disekeliling menghalalkan apa yang terlebih dan terkurang (dalam hal akhlaq dan mungkin juga pada sudut material). Alhamdulillah, kesedaran untuk ‘selesaikan’ hutang sesama manusia sebelum menempuh peperiksaan sebenarnya akan menyuntik roh yang baru. Lebih baik kalau ianya dijadikan amalan, bukan sekadar trend menjelang peperiksaan.

*Kepada,sahabat-sahabat perjuangan yang akan menghadapi PEPERIKSAAN,lakukan yang terbaik,try your best to achieve good result.
Ingatlah ALLAH sentiasa,
Banyakkan solat hajat,doa dan istikharah memohon permudahkan urusan*

0 comments: