"Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang salih, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang- orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!"
(Surah Fussilat:Ayat 33)

Saturday, December 17, 2011

KISMIS 11


























Assalamualaikum~


Masa : Selepas Maghrib
Tarikh : 18 Disember 2011 - 18 Januari 2012
Tempat : Musolla ASTAR


InsyaAllah Balai Islam ASTAR akan menjalankan aktiviti K.I.S.M.I.S ( Kuliah Ilmu Sepuluh Minit InsyaAllah Selesai).

KISMIS ini merupakan satu slot kerohanian yang dijalankan atau akan disampaikan oleh ahli Balai Islam sendiri mengikut jadual atau susunan yang telah ditetapkan. Aktiviti ini dijalankan bagi mengisi ruang untuk masa antara maghrib dan isyak. Di samping memperolehi ilmu pengetahuan dan dapat menambah ilmu untuk dipaterikan dalam kehidupan. 

Banyak dalil yang menunjukkan bahawa menuntut ilmu itu hukumnya wajib, baik yang bersumber dari Al-Qur’an dan hadis Nabi SAW. mahupun dari fatwa ulama, antara lain sebagai berikut:

Allah SWT berfirman dalam Al-Qur’an:
"Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama?"
(At-Taubah:122)

ADAB menuntut ilmu hendaklah ikhlas dan diniatkan dalam hati kerana Allah. Apabila seseorang menuntut ilmu hanya untuk mendapatkan gelaran, kedudukan atau ingin menjadi orang dipandang, maka Rasulullah SAW memberi peringatan.

Baginda SAW bersabda yang bermaksud:
“Barang siapa menuntut ilmu yang dipelajari hanya kerana Allah sedangkan ia tidak menuntutnya kecuali untuk mendapatkan mata benda dunia, ia tidak akan mendapat bau syurga pada hari kiamat.” (Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah)
Apakah disyaratkan untuk memberi manfaat kepada orang lain kita perlu duduk di masjid atau memberi manfaat dengan ilmu itu pada setiap saat? Jawapan yang benar adalah yang kedua kerana Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sampaikanlah dariku walaupun cuma satu ayat.” (Hadis riwayat Bukhari)

Mengamalkan ilmu yang diperoleh termasuk adab terpenting bagi penuntut ilmu kerana amal adalah buah daripada ilmu, baik akidah, ibadah, akhlak mahupun muamalah. Orang yang memiliki ilmu seperti orang memiliki senjata yang tidak akan ada gunanya kecuali diamalkan (digunakan). InsyaALLAH.

Di sini terdapat kata-kata hikmat yang berkait rapat dengan ilmu pengetahuan dan sejauh mana fadhilatnya.



Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau danengkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan hartaterhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah bila dibelanjakan.

-Saidina Ali bin Abi Talib

Orang berilmu lebih utama daripada orang yang selaluberpuasa, bersolat dan berjihad. Apabila mati orang yang berilmu, maka terdapat suatu kekosongan selain olehpenggantinya (yang berilmu juga)
 -Saidina Ali bin Abi Talib

p/s : Marilah kita meriahkan lagi KISMIS ini dengan mengajak rakan-rakan anda ke Musolla ASTAR. Moga kita peroleh ilmu dan jadikan ia sebagai satu medium untuk memperbaiki diri. 

0 comments: