"Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang salih, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang- orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!"
(Surah Fussilat:Ayat 33)

Sunday, December 11, 2011

RUKHFIS 11

Alhamdulilah, pada 4 Disember 2011 yang lalu, Balai Islam ASTAR @ MUSOLLA ASTAR telah mengadakan Rehlah Ukhwah Fillah Abadan-Abada atau dikenali sebagai RUKHFIS. Ia semakin meriah apabila turut disertai oleh juga disertai oleh senior-senior yang merangkap fasilitator bagi program tersebut.

RUKHFIS pada kali ini bertambah menarik apabila ia diadakan dalam bentuk explorace bermula daripada UM, iaitu kami bermula RUKHFIS kami di checkpoint pertama kami di Fakulti Undang-Undang. Di sini kami telah diberi dua tugasan yang sangat mencabar dan Alhamdulillah selesai di checkpoint yang pertama. 

Seterusnya di checkpoint di Stesen U, Pasar Seni, kemudiannya menuju ke KLCC. Sepanjang sesi checkpoint tersebut, kami diberi tugasan yang berupa dakwah dan interaksi antara ahli kumpulan dalam menyelesaikan segala checkpoint tersebut. 

Alhamdulillah kami dapat melaksanakan RUKHFIS dan ternyata aktiviti ini sangat menyeronokkan dan dapat mengeratkan ukhuwah antara kami dan dapat mengenal antara kami. Terasa di sini satu ukhuwah dapat dibina dan dibentuk seiring dengan menambah ilmu dan insyaAllah dapat dijadikan dan dipaterikan sebagai kenangan yang terindah di hati kami.








'







Terima kasih diucapkan kepada mantan-mantan yang telah menjayakan RUKHFIS kali ini. 

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh yang telah menjayakan RUKHFIS '11 - KLCC. Semoga ukhwah akan terus terjalin. Ukhwah Fillah. 


0 comments: