"Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang salih, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang- orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!"
(Surah Fussilat:Ayat 33)

Tuesday, February 15, 2011

Tiada Penganti Dirimu~ Wahai Kekasih ALLAH!


Pada 15 Februari 2011 ini bersamaan 12 Rabiulawal 1432 merupakan hari yang bersejarah bagi umat Islam. Satu peristiwa besar dan bersejarah ini iaitu Kelahiran Baginda S.A.W. Gema selawat dan salam akan menghiasi langit-langit bumi, memuji nabi junjungan besar, ummat akhir zaman, dan seluruh makhluk ciptaanNya. Berselawat ke atas Baginda menampilkan betapa rindu dan kasihnya kepada Baginda bagi memperingati Baginda di atas usaha dan memperjuangkan Islam di jalan yang benar dan diredhai Allah.

Rindu Baginda


Berselawatlah ke atas Baginda bagi menerapkan nilai cinta dan rindu kepada Nabi Muhammad S.A.W. 


إِنَّ اللَّهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
Maksudnya: Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya. (Surah al-Ahzaab, 33: 56)

Ya, sedangkan Allah dan para malaikat pun berselawat kepada nabi, kenapa kita tidak? daripada ayat ini menunjukkan bahawa selawat itu adalah yang utama.Diriwayatkan dalam hadis  apabila disebutkan nama Baginda, maka sesiapa yang tidak berselawat adalah orang yang paling kedekut.
Abu Dzar r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: “Sebakhil-bakhil manusia ialah apabila disebut namaku kepadanya, ia tidak mahu berselawat kepadaku.” (H.R. al-Tirmizi, 3469)



Mengamalkan Sunnah Baginda

Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikutisunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cintakepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”



Bagaimana Untuk Mengetahui Kaedah Mengikut Sunnah Baginda? SINI



Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Mari bersama-sama kita memperingati Rasulullah dengan menonton video ni yang akan membawa erti nilai kasih sayang Rasulullah kepada Umat Baginda daripada seorang ulama.

0 comments: