"Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang salih, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang- orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!"
(Surah Fussilat:Ayat 33)

Wednesday, February 23, 2011

KURJAS 2011!


InsyaAllah. Balai Islam ASTAR akan menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah dan Amali Penyembelihan. Objektif kursus ini dijalankan bagi mendedahkan kepada pelajar-pelajar tentang cara pengendalian jenazah dan cara penyembelihan dengan betul. Bahkan pula, dapat memberi peluang kepada pelajar untuk mempraktikkan ilmu yang berkaitan dengan kursus ini  dalam kehidupan seharian.

Menguruskan jenazah adalah merupakan perkara yang tidak boleh kita elakkan begitu sahaja. Ianya merupakan fardhu kifayah ke atas umat Islam. Dengan adanya sebahagian umat Islam yang mengetahuinya akan selesailah tanggungjawab itu.  Peserta kursus akan didedahkan kepada cara sembelihan halal dan turut berpeluang untuk mempraktikkan segala teori yang telah dipelajari mengenai penyembelihan halal semasa latihan amali penyembelihan yang akan dijalankan.


Oleh itu, digalakkan warga ASTAR terutamanya untuk melibatkan diri dalam menghadiri kursus ini yang akan membawa 1001 makna terhadap diri kita suatu hari nanti.

Tarikh : 26 & 27 Februari 2011

Tempat : Kolej Kediaman Pertama, Universiti Malaya

Masa : 8.15 pagi - 4.30 petang



Bersama-samalah kita memeriahkan majlis ini, Moga kita mendapat limpah dan rahmatNya sepanjang kursus ini dijalankan. InsyaAllah.

1 comments:

Kursus ni sgt2 prlu diajar kpda golongn muda skrng. Pndedahn ini prlu agr generasi kini lbey peka dgn tnggjwb. Bkn skdr mnghrap kpd golongn yg tua shja dlm mngurusknnya. Kursus ini prlu dteruskn dr smsa ke smsa krna mnusia ssnghnya pelupa. Smga usha balai islm astar dirhmatiNya. Sla update prkmbngn kursus itu agr pihak luar jga mmpu bkongsi ilmu dr yg lbih pakar. Cdngn juga blh mnggunkn video pngurusan itu agr smua phak mndpt mnfaat. :)