TAHUKAH ANDA??
Rasullullah S.A.W bersabda : "Air zam-zam itu diminum mengikut apa yang diniatkan atau dikehendaki"
( Diriwayatkan dari Jabir, Ibnu Abbas, Ibnu Umar dan Muawiyah).
Ahli-ahli ilmu telah meluaskanhuraian mereka mengenai hadis di atas. Al-Munawa Rahimullah Ta'ala telah berkata.
"Air zam-zam ialah penghulu segala air, yang paling mulia, paling berharga dan paling disukai. Allah SWT telah memberi minum dan menolong putera kekasihnya, Nabi Ismail bin Nabi Ibrahim a.s. dengan air Zam-zam. Maka begitulah pertolongan seperti itu juga peroleh oleh orang-orang selepas baginda termasuk juga kita jika meminumnya dengan niat yang ikhlas akan beroleh manfaat yang sama. Ramai para ulama telah meminumnya kerana sesuatu hajat dan mereka berhasil memperolehinya"
ADAM MINUM AIR ZAM ZAM
Ibnu Abbas menjelaskan kepada seorang lelaki : "Apabila meminum air zam zam hendaklah menghadap kiblat, sebutkan nama Allah SWT (baca bismillah) dan bernafas di luar bijana, kemudianbaru teguk lagi dan (sesudah minum) ucapkanlah pujian kepada Allah SWT (baca Alhamdulillah). Sesungguhnya Rasulullah SAW ada bersabda : " Perbezaan di antara kita dengan orang ramai (kaum munafik) ialah bahawa mereka itu tidak suka meneguk (minum) air zam zam" Hadis riwayat Addara Qutni dan Ibnu Majah)
KELEBIHAN DAN KHASIAT AIR ZAM ZAM
Pengarang kitab Al-'Aqdus Sameen mendedahkan bahawa seorang hamba di Makkah yang bernama Ahmad Abdillah Asy-Syarifee meminum air zam zam dengan niat mahu menyembuhkan penyakit buta. Dengan izin Allah SWT, hamba itu sembuh. Pengarang kitab itu turut menjelaskan bahawa gurunya, al-Fufti Abdul Rahman Abil Khair al-Fasi menceritakan Al-Iman an-Nawawi pernah berkata sesiapa yang mempunyai hajat akan tercapai keinginan selepas meminum air zam zam. Perkara yang serupapernah dibangkitkan oleh Tahzibul Asma Wal-Lughat yang berkata: " Hal ini dicuba oleh ulama dan golongan soleh untuk mencapai segenap hajat sama ada dunia atau akhirat. "Alhamdullilah, semuanya akan tercapai".
Dikesempatan dengan artikel ini yang dipetik dari majalah, Pihak Balai Islam akan mengadakan sesi jualan air zam zam yang akan disempurnakan tidak lama lagi. Oleh itu, marilah kita memanfaatkan khasiat air zam zam ini di samping mencapai matlamat kita dengan izin Yang Maha Esa. Bertawakal kepadaNya. InsyaAllah.
0 comments:
Post a Comment