"Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang salih, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang- orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!"
(Surah Fussilat:Ayat 33)

Thursday, March 3, 2011

Etika Dalam Majlis




Bersempena dengan Majlis Penganugerahan Astar yang akan diadakan pada Sabtu bersempenaan 5 Mac 2011. Di sini ingin berkongsi  mengenai adab-adab yang harus dijaga sepanjang apa jua majlis yang berlangsung tidak kira rasmi atau tidak rasmi.


Mengetahui adab-adab dalam majlis adalah suatu keutamaan tersendiri kerana Allah SWT berfirman:
وَلَا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولًا
Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.” (QS Al Israa’ 17 : 36).

Rasulullah juga bersabda:
طلب العلم فريضة على كل مسلم
“Menuntut ilmu wajib bagi tiap Muslim”.
Berikut ini adalah adab-adab dalam bermajlis:
  • Mengucapkan salam kepada ahli majlis jika ia hendak masuk dan duduk pada majlis tersebut, hendaknya ia mengikuti majlis tersebut hingga selesai. Jika ia hendak meninggalkan majlis tersebut, ia harus meminta izin kepada ahli majlis lalu mengucapkan salam
  • Menjawab salam ketika seseorang masuk ke majlis atau meninggalkan majlis.
  • Duduk dengan tenang dan sopan, tidak banyak bergerak dan duduk pada tempatnya.
  • Tidak bermain-main dengan cincin, anggota badan,  banyak menguap, memasukkan tangan ke hidung, dan sikap-sikap lainnya yang menunjukkan ketidakhormatan kepada majlis.
  • Tidak terlalu banyak berbicara sia-sia, bersenda gurau ataupun berbantah-bantahan yang sia-sia. Bicara yang perlu dan penting saja, tanpa perlu berputar-putar dan berbasa-basi ke sana ke mari.
  • Mendengarkan orang lain berbicara hingga selesai dan tidak memotong pembicaraannya.
  • Tidak berbicara dua orang saja dengan berbisik-bisik (rahasia) tanpa melibatkan ahli majlis lainnya.
  • Tidak berbicara dengan meremehkan dan tidak menghormati ahli majlis lain, tidak merasa paling benar (ujub) dan sombong ketika berbicara.
  • Disunnahkan membuka majlis dengan khutbatul hajah (tahmid, tasyahud)
  • Disunnahkan menutup majlis dengan do’a kafaratul majlis.

 Disunnahkan menutup majlis dengan do’a kafaratul majlis. Lafaznya adalah sebagai berikut :

سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك (حديث صحيح رواه ترمذي

Ertinya : “Maha Suci Engkau ya Allah, dengan memuji-Mu aku bersaksi bahwa tiada sesembahan yang haq disembah melainkan diri-Mu, aku memohon pengampunan-Mu dan bertaubat kepada-Mu.” (HR. Turmudzi, Shahih). Diriwayatkan pula oleh Tdzi, ketika Nabi ditanya tentang do’a tersebut, beliau menjawab, untuk melunturkan dosa selama di majlis.

1 comments:

Smga mjlis astar bjln lncar dn drahmatiNya. Ikhtilad prlu dijga. :)