Assalamualaikum. Bersyukurlah kepada Illahi kerana kita dipanjangkan umur dan dipertemukan dalam tahun 2011. Tahun baru menjelma lagi. Selain daripada umur yang sudah meningkat, kita mungkin terkenang apakah kejayaan yang telah kita kecapi sepanjang tahun 2010. Kalau azam 2010 sudah tercapai, Alhamdulillah. Kita bersyukur. Namun jangan hanya bersyukur, perlu juga difikirkan bagaimana kejayaan itu boleh diulangi. Jika ia tidak boleh diulangi, ia akan jadi kejayaan ‘tidak sengaja’. Kejayaan tidak sengaja selalunya tidak kekal dan jarang dapat dinikmati dalam jangka masa yang panjang. Berbicara mengenai tahun baru, ramai yg pasti menanam azam baru dan semangat sebagai pengorak langkah untuk berjuang di tahun baru. Jangan hanya berazam saja, tapi tidak berusaha untuk mencapai azam yg dilistkan utk dicapai pada tahun baru ini. Sedangkan dalam banyak situasi dan hal, azam tu tinggal azam je, cukup setahun, kita pun selak semula nak check. Kononnya! Boleh ke kita bergantung harap pada beramal dengan hanya berazam sekali setahun? Cukup kuat ke semua tu nak beri momentum pada kita utk terus berusaha dan beramal?
Apapun, kita mestilah berusaha dan berdoa supaya dipermudahkan segala urusan yang akan dilakukan dalam mencapai azam kita itu. Mulakan awal hari kita dgn satu azam dengan bagaimana kita melalui satu hari tersebut. Tetapkan visi yg nak kita tetapkan untuk hari tersebut, and to go about it… Jangan tunggu masuk tahun baru je, baru nak berazam berjela-jela, and in the end, azam tinggal azam. Biar kita mulakan azam baru kita setiap hari kita bangun dari tidur, then work hard to make it work. Its easier and more fruitful,dengan berkat dan pertolongan dariNya, InsyaAllah.
Edisi buletin yg baru sempena azam baru. Jom kita menimba ilmu!
Klik gmbr utk view besar |
0 comments:
Post a Comment