"Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang salih, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang- orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!"
(Surah Fussilat:Ayat 33)

Wednesday, November 17, 2010

:.SALAM AIDILADHA.:


Umat Islam seluruh dunia akan sama-sama menyambut kemuliaan Aidil Adha, sama ada yang sedang menunaikan fardu hajii di tanah-tanah suci, ataupun di tanah air masing-masing, semangat takbir yang dilaungkan pada 10 � 13 Zulhijjah setiap tahun, mengandungi pengajaran yang amat besar dan meninggalkan kesan mendalam dalam sanubari umat Islam.

Ini kerana laungan takbir yang dilaungkan pada hari-hari berkenaan, bertujuan untuk membesarkan Allah SWT di atas segala nikmat yang dianugerahkan kepada semua. Justeru, sepatutnya setiap diri daripada kita yang mengaku Islam, perlu mengetahui secara mendalam pensyariatan laungan takbir pada malam hari raya.

Ia adalah untuk mengisytihar, bahawa Allah SWT adalah Tuhan yang tidak pernah sama memungkiri janji-Nya terhadap hamba-Nya Muhammad untuk memenangkannya dalam medan pertempuran menghadapi pihak musuh (pasukan al-Ahzab) yang terdiri daripada puluhan ribu tentera menghadapi tentera Islam yang kecil jumlahnya.

Sesungguhnya laungan takbir mempunyai makna tersendiri yang mesti difahami dengan jelas oleh setiap individu muslim yang beriman bahawa Allah adalah Tuhan mereka, iaitu menjelmakan kefahaman bahawa Allah adalah segala-segalanya seperti maksud di bawah ini :

1- Kita percaya bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, kita juga percaya bahawa tiada undang-undang yang lebih hebat daripada undang-undang-Nya.

2- Kita meyakini bahawa setiap masalah yang timbul adalah daripada-Nya dan jalan penyelesaiannya juga adalah daripada-Nya.

3- Kita mesti beradab dengan kitab suci al-Quran tanpa ada sebarang perasaaan ragu atau syak terhadapnya.

4- Kita hanya tunduk kepada Allah dan agama-Nya (Islam) sahaja, serta menjauhkan diri daripada menganut ajaran atau fahaman yang tiada kena mengena dengan Islam.

5- Kita berjanji untuk menunaikan segala sumpahan kita terhadap-Nya seperti lafaz dalam doa iftitah, al-Fatihah dan doa Qunut.

6- Pasrah hanya kepada Allah dengan menyanjung tinggi serta mendaulatkan undang-undang Islam yang lebih tinggi daripada undang-undang ciptaan manusia yang serba kekurangan.

7- Menjadikan Allah matlamat dalam kehidupan kita termasuk ungkapan, tindakan dan keputusan yang dibuat.

8- Meyakini bahawa segala bencana yang menimpa adalah atas kesilapan kita sendiri dan termasuk dalam senarai qada� dan qadar Allah.

9- Merasa takut dan cemas akan ancaman Allah.

10- Takut kepada azab api neraka.

11- Tidak memilih pemimpin yang menyalahi Syariat Islam, sama ada dari sudut perbuatan, tingkah laku (body language), role model, percakapan dan lain-lain.

12- Tidak terdetik sedikitpun dalam hati untuk tidak percaya kepada Allah pada undang-undang, hukuman dan sebagainya.

13- Menjadikan rumah Allah sebagai tempat mengembalikan kemuliaan Islam dalam segenap aspek dan bukan hanya tempat untuk beribadat semata-mata.

14- Mensuci dan membesarkan Allah pada sifat-sifat serta nama-nama-Nya.

15- Meyakini bahawa Allah tidak membiarkan hamba-hamba-Nya meraba-raba di muka bumi ini tanpa buku panduan.

16- Menjadikan diri kita patuh, setia serta taat hanya kepada-Nya sahaja.

Sementara maksud korban pula, ia merupakan istilah daripada bahasa Arab yang bererti hampir/dekat, iaitu ibadat korban dengan menyembelih binatang ternakan adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah seperti yang pernah dilakukan oleh Nabi Ibrahim ke atas anaknya Nabi Ismail.

Korban binatang ternakan adalah dikira sebagai satu ibadat kepada Allah SWT, apabila ia disebut sebagai ibadat, sudah pasti ibadat itu sendiri tidak dapat menerima perlakuan maksiat ketika ibadat korban sedang berlangsung.

Sebagai contoh, apabila seorang wanita itu berniat untuk menunaikan ibadat solat, lengkap dengan mengambil wuduk serta tempat solat yang suci dari sebarang najis yang nyata, tetapi ketika dia melakukan solat, dia bersolek atau memakai baju kebaya yang mendedahkan auratnya, apakah kita dapat menerima hakikat yang mengatakan ibadat solatnya itu sah dan diterima di sisi Allah kerana ibadatnya bercampur dengan maksiat kepada Allah.

Begitulah dengan ketegasn Allah SWT yang menjelaskan dalam ayat 37 surah al-Haj yang bermaksud : Daging-daging (unta, lembu, kambing) dan darahnya yang dikorbankan itu, sekali-kali tidak mencapai (keridaan) Allah, tetapi ketakwaan daripada kamulah yang dapat mencapainya.

Jelas dari apa yang ditegaskan Allah dalam ayat tersebut di atas, sesuatu amalan ibadat korban dengan menyembelih binatang-binatang ternakan pada hari raya itu hanya diterima dari mereka yang benar-benar bertakwa kepada Allah SWT.

Dalam ayat 27 surah al-Maidah pula Allah berfirman yang bermaksud : Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dari orang-orang yang bertakwa.

Persoalan di sini, adakah orang yang berkorban binatang ternakan pada hari raya korban dengan penampilan macam orang yang tidak beriman boleh dikategorikan sebagai bertakwa kepada Allah?.

Sepatutnya mereka perlu tahu keadaan dan tempat yang membezakan diri mereka pada waktu ibadat korban dijalankan, sebenarnya penampilan mereka itu memperlihatkan kecetekan ilmu yang ada pada diri mereka sendiri, malah memberi ruang kepada orang lain menghukumnya sebagai seorang warga kota yang tidak peka amalan serta ajaran agama.

Tetapi apakah sebenarnya takwa itu yang membezakan antara kita dengan mereka yang kurang peka terhadap Islam?

Takwa seperti yang pernah dijelaskan oleh Saidina Ali Bin Abi Talib ialah : Takut kepada Allah Yang Maha Mulia, beramal dengan isi kandungan al-Quran, reda dengan apa yang sedikit ada pada kita dan bersiap untuk hari pembalasan untuk bertemu dengan Allah.

Takwa juga menurut sebahagian ulama� ialah membersihkan diri dari sifat-sifat terkeji dan melaksanakan segala tuntutan agama Allah SWT.

Selanjutnya, sesuatu ibadat itu tidak diterima di sisi Allah melainkan dilakukan atas dasar ilmu dan kefahaman yang mendalam seperti yang telah disyaratkan dalam ilmu Usul Fiqh.

Kesimpulannya, ibadat mesti dilakukan dengan rasa rendah diri kepada Allah dan menerusi kemantapan ilmu yang diwariskan oleh baginda Rasulullah s.a.w.

Perkara yang perlu dielak ketika menyertai ibadat korban sebagai renungan dan peringatan :

1- Tidak memakai seluar pendek.

2- Tidak bersolek atau memakai baju kebaya belah.

3- Tidak merokok ketika ibadat korban dijalankan.

4- Tidak bercakap pada perkara dunia semasa mata pisau diletakkan atas leher binatang sembelihan.

5- Tidak memakai baju yang tertera tulisan Tiger, Carlsberg, Sports Toto, Magnum ENE, Guinness, Akademi Fantasia, Mentor, One In A Million, Malaysian Idol atau pakaian sukan yang tertera nama-nama pemain bolasepak yang beragama Kristian dan sebagainya.

Apa yang penting, hayati ibadat korban yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim ke atas anaknya Nabi ismail sebagai iktibar berguna meniti jalan takwa kepada Allah.


~SALAM AIDILADHA~


Sumber : 

Sunday, October 31, 2010

:.Sejenak Munajat Bersama SHAP.:

Sabda Nabi SAW: Apabila kamu melewati taman syurga, hendaklah kamu ikut sama menikmatinya. Sahabat bertanya: Apakah itu taman syurga wahai Rasulullah ? Jawab Baginda SAW: Ialah perhimpunan zikir iaitu majlis ilmu. HR Tirmidzi dan Ahmad

Board Balai Islam di Surau

Alhamdulillah, pada 28 Oktober 2010 yang lalu, Balai Islam Astar telah menganjurkan Tazkirah dan Solat Hajat Ambang Peperiksaan yang lebih dikenali sebagai SHAP. Program pengisian diadakan menjelang musim peperiksaan ini, pada kali ini telah menampilkan Saudara Hizami Bin Hadri. Beliau merupakan bekas penghuni ASTAR.


Saudara Hizami yang sedang menyampaikan tazkirahnya


Alhamdullillah, kehadiran pada kali ini amat memuaskan. Memang dapat sambutan yang menggalakkan. Majlis ini bermula dengan aktiviti 'iftar' iaitu berbuka puasa di dalam surau. Selepas selesai beriftar maka solat maghrib telah dilakukan secara jemaah dan disusuli dengan tazkirah.  Tazkirah yang disampaikan oleh Saudara Hizami berkaitan mengenai solat yang merupakan medium atau senjata bagi umat Islam. Menceritakan mengenai bagaimana solat itu sendiri dapat menjaga diri kita sendiri sekiranya solat itu memang dijaga dengan sebaiknya. 


Muslimin yang sedang khusyuk mendengar tazkirah yang diberikan

Begitu juga dengan muslimat


Seperti riwayat ini menyatakan "Sembahyang itu tiang agama, sembahyang itu anak kunci segala kebaikan" (Riwayat Tabrani) dan Allah S.W.T juga telah berfirman yang bermaksud : " Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Qur'an, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan." (surah Al-ankabut: 45). Dengan solat ia memberi kita ketenangan jiwa yang dapat menyelesaikan masalah jika sesuatu masalah itu berlaku dan solat juga akan membawa  kejayaan kepada orang mukmin tetapi hendaklah dilakukan dengan khusyuk juga serta ikhlas kerana Allah S.W.T.




Selepas tazkirah disampaikan, disusuli dengan solat isyak yang dilakukan secara berjemaah. Majlis diteruskan dengan solat hajat dan seterusnya membaca tahlil. Dan majlis ini dilengkapi dan diakhiri dengan mengadakan sedikit jamuan yang diberikan kepada jemaah muslimin dan muslimat yang hadir pada majlis tersebut. 



Menunaikan solat hajat

Menyempurnakan majlis dengan bacaan tahlil

Bacaan doa diketuai oleh Pengerusi Balai Islam ASTAR (Saudara Hanif)

Menjamu selera dalam jamuan yang diberikan

Ukhuwah yang terjalin antara muslimin 



Moga dengan majlis ini diadakan dapt memberi 1001 makna dan memberi pgajaran kepada kita. Tak kurang juga kita dapat menambah ilmu dari tazkirah yang disampaikan. Yang baik kita ambil untuk dijadikan diapllikasikan dalam kehidupan seharian. Kita juga sampaikanlah ilmu tersebut kepada yang tidak berkesempatan untuk menghadiri majlis tersebut. Kami daripada pihak Balai islam memohon sejuta kemaafan andai berlaku kekurangan, boleh saya katakan, kami hanya sebagai medium perantara untuk mengingatkan diri sendiri dan juga kalian, tetapi setiap perubahan untuk menuju ke tahap yang lebih baik itu, pastinya bermula daripada diri anda sendiri, sesuai dengan firman Allah di dalam Surah Ar Raad ayat 11: "Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum, sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri."


Dari kiri : Saudara hasyim (Ex-Officio), Saudara Hizami dan Saudara Hanif


p/s : Terima kasih kepada semua yang hadir, mengimarahkan majlis Balai Islam ASTAR. Selamat menghadapi peperiksaan yang akan menjelang tidak lama lagi. =)

Wednesday, October 27, 2010

:.Peperiksaan?.:







Musim peperiksaan akan tiba tak lama lagi. Semua orang bertungkus-lumus menyiapkan diri untuk menghadapi peperiksaan ini. Peperiksaan merupakan satu kemestian bagi setiap yang bergelar pelajar; merupakan medan untuk menentukan kelayakan dan kemampuan seorang pelajar dalam memahami apa yang telah dipelajari.


Berusaha itu berusahalah juga, tetapi apakah cukup hanya dengan usaha sahaja?

Mungkin ramai yang melihat usaha sahaja sudah mencukupi. Tetapi apakah kita tahu bahawa usaha itu tidak akan memberikan kita kejayaan jika Allah SWT tidak mengizinkannya. Maka apa yang perlu kita lakukan adalah Do'a.

Sebagaimana Firman Allah SWT:

...وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ
"Dan Tuhanmu berfirman Berdo'alah kepadaKu, Nescaya akanKu perkenankan kepadamu."
(Surah Ghafir: Ayat 60)

Jadi Do'alah seboleh yang kita mampu. Sebelum peperiksaan, Semasa Peperiksaan, Selepas Peperiksaan. Do'a, do'a, dan do'a. Insya-Allah, jika kita istiqomah, Maka Allah akan membalasnya dengan kejayaan yang setimpal dengan apa yang kita usahakan.

Bila usaha dah buat, Do'a dah buat, nak buat apa lagi ye?

Haa, benda yang perlu kita buat selepas kita dah berusaha, dah berdo'a ialah tawakal kepada Allah SWT. Kita berserah kepada Allah dengan sebenar-benar penyerahan. Tawakal tu tawakal jugalah, tapi jangan sampai tak jawab soalan peperiksaan pula. Nanti dapat kosong pula.

Yang paling penting kita mestila jaga hubungan dengan Allah ( HabluminaAllah) dan manusia ( Habluminannas).

:.Doa2 yang boleh diamalkan untuk sepanjang dalam stadi week dan mggu peperiksaan.:

Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna sewaktu menelaah matapelajaran:


اللَّهُمَّ ارْزُقْنَا فَهْمَ النَّبِيِّينَ وَحِفْظَ المُرْسَلِينَ وإلْهَامَ المَلاَئِكَةِ المُقَرَّبِينَ فِي عَافِيَةٍ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ
“Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul, serta ilham daripada para Malaikat yang hampir dengan-Mu, kurniakanlah kami kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih.”

Doa sebelum masuk ke dalam kelas atau dewan peperiksaan:


وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدا
“Ya Allah, persiapkanlah kami akan urusan kami dengan petunjuk-Mu.”

Doa apabila terlupa ketika menjawab soalan:


سُبْحَانَ مَن لاَّ يَنَامُ وَلاَ يَسْهُو. اللَّهُمَّ ذَكِّرْنِي مَا نَسِيتُ
“Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa. Wahai Tuhanku, ingatkanlah daku apa-apa yang kulupa.”

Doa memohon kejayaan cemerlang:


اللَّهُمَّ إني أسْألُكَ الفَوْزَ عِنْدَ القَضَاءِ وَمَنَازِلَ الشُهَدآءِ وَعَيْشَ السُّعَدآءِ وَالنَّصْرُ عَلَى الأعْدآءِ
“Ya Allah, kami memohon daripada-Mu kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada’, dan kehidupan mereka yang bahagia serta kemenangan ke atas musuh.”

"Ma'a Taufiq Wannajah Fil Imtihan. Man Jadda Wa Jadda "