"Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang salih, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang- orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!"
(Surah Fussilat:Ayat 33)

Thursday, April 11, 2013

JISMA 2

JISMA 2

JISMA 2 kembali lagi!!!!!!! Genap 1 April 2013, JISMA 2 telah diadakan di musolla astar. Dan Alhamdulillah….kali nie sambutan sangat menggalakkan.. n_n Saaangat sronok bile tgok Musolla diramaikan dengan warga Astar yang join JISMA. Hurmm..rase pnat lelah semue hilang!

Utk JISMA kali ni, aktiviti makan dalam talam masih lagi diteruskan dan merupakan satu “trademark” bagi JISMA 2012/2013. Kurma dihidangkan terlebih dahulu sebagai pemanis mulut. Mesti ramai yg tak sabar nk makan tp sabar……….. Solat maghrib berjemaah dulu… >.< Usai solat maghrib, semua kelam kabut nk urus mknnn..hihi..Now it’s ‘makan’ time...hee… Walaupun ada yang tak biasa makan dalam talam, JISMA telah memberi satu pengalaman baru..dan hurm..berbuka puasa beramai2?? Of coz lepas nie org akn rase syoknye puase..

Bile perut pun dah penuh(Alhamdulillah), makanan rohani plk disajikan… Best~~~ FYI, kat JISMA je yg hiding both makanan jasmani n rohani tw. Heee…. So, back to the topic, ‘April Fool’ merupakan tajuk pngisiannye, yg dsampaikn oleh pengarah musolla astar nie sndiri. ^^, Walaupun hanya 15minit, ilmu yg kami dpt, subhanallah~~~, mantap! JISMA 2 diakhiri dgn solat Isyak berjemaah.. Moge2 JISMA 3 yg bakal dilaksanakan akan mndapat sambutan yg lebih meriah! =)

Makan-makan time~~~

Bestnyer nak jugak!! ^,^

Aik talam pun dah tak nampak?? 


Friday, March 1, 2013

RUKHFIS 2012/2013



RUKHFIS 2013 kembali lagi!!!



Untuk sape2 yg tak tau ape tu rukhfis, RUKHFIS actually stands for Rehlah Ukhuwah Fillah Selamanya. Rukhfis ni merupakan aktiviti Musolla Astar yg diadakan untuk merapatkan lagi hubungan antara ahli-ahli musolla astar. Program ini biasanya dianjurkan oleh mantan-mantan musolla astar. So segala aktiviti yg dirancang, takde sape pon yg tahu, walaupun pengarah musolla astar tu sendiri. Kalau tak, tak seprais la kannn…..
Next, kita teruskan dengan sedikit “timeline” RUKHFIS~

Basically ada 5 cekpoint ala-ala explorace gitu.. first thing skali before lari2 nie, of course la kena ‘warm up’ dulu.. Seusai je senaman pagi kat netball court, kitorang pon bergerak ke canseleri untuk task seterusnya. Kat depan canseleri,“mission start”! Kitorang diarah untuk buat satu barisan dan orang yang paling depan akan lukis satu gambar based on penyataan yg dipilih. Org kedua plk akan teka ape yang dilukis org pertama dan melukisnye kembali sampailah giliran orang terakhir untuk teka gambar yang dah dilukis. Bole tahan jugak ahli2 musolla astar nie melukis. Bole la jugak teka gambar ape tu walaupun lukis arnab pun bole jadi ayam… (@,@)

Cuba teka ape maksud gambar nie
Kalau tak kenal, maka tak cinta. Bile dah kenal, jangan plk bercinta. (bak kata slh seorang peserta Rukhfis). Haaa..sesi ta’aruf pun dijalankan untuk lebih mengenali antara satu sama lain.. sambil berta’aruf, hujung tali dihulur ke org sterusnya sampailah terbentuk satu bintang yg cantik….
nielah salah satu bintang hasil ta'aruf grup 4

               Dari canseleri kami pun menuju ke masjid Ar-Rahman untuk tugasan seterusnya.  Org kalau explorace, patotnye semangat lari. Tp kitorang slow and steady je jln. Haaa..agak2 knpe? Sbb……..kat tgn stiap peserta tersemat shlai kertas yg ad ayat2 al-Quran dan hadis untuk dihafal. Ada yg mmg dah hafal pon ayatnye, tp terjemahannye plk yg kena skru dlm otak semat2. Kitorang pon berjalan dlm keadaan ber’bintang’ smpailah ke masjid ar-Rahman... Belum pun habis penat, tugasan seterusnya dah sampai ke tangan kami. Hurmm.. semua tertanya-tanya apalah yang kitorang kena buat kat situ. Jeng..jeng..jeng.. oh rupanya kena tafsir sepotong ayat dpd surah tertentu. Bukan tu je, kitorang jgk diberi sepotong hadis. Ni lah part yang paling best sebab diuji kebolehan kitorng utk kenal pasti sama ada hadis tu sahih atau palsu. Haaaa..nak tahu macam mana? Caranya, joinla rukhfis yg sterusnya.haha.. hokey..tu hanya gurauan semata-mata. Caranya, kite tengok pada sanad hadis tu. Macam kalau contoh hadis yang diberi, sanad hadis itu meletakkan sahabat dengan gelaran a.s. Salah tu.. spatutnya sahabat perlu digelar dengan gelaran r.a. N actualy byk je lg cara nk kenal pasti kesahihan sesuatu hadis tu. Kalau nk tau, belilah buku “Kenali hadis palsu”. =p Anyway, credits to fasi-fasi sbb ilmu sebegini. Kamsahamnida, arigatou fasi-fasi!! <3

                 Off to stesen LRT..tapi otw tu kena cari brg berpolimer utk dibagi pd fasi yg mnunggu di cekpoint sterusnya.. ape2 je yg kitorang nmpk, kitorg kutip. Yela..dah alang2 tu pahala pon kite dpt. Bile sampai je kat depan stesen LRT, fasi2dah tunggu kat situ. Beg plastic dihulrkan utk masukkan segala ‘khazanah’ yg diperoleh spnjg pjjlnn td. Pastu fasi2 pun menghadiahkan tugasan yang ke-3..i.e. tasmik ayat hafazan.  Fuh…Alhamdulillah.. lega ayat hafazan dah lulus (^,^). Kaki pun melangkah naik ‘kenderaan awan tak beroda’…(tanggung sendiri..harap maklum..hehe..) Bergerak ke destinasi seterusnya!!

                Kalau dah tmpt pon Taman Jaya, of course la AmCorp Mall jd target utama.. Masing2 pon ape lagi, berkejar ke depan Popular bookstore. Kat sana dah ad fasi2 yg menunggu untuk task yg seterusnya. Agak mendebarkan bile kena jalankan tugasan dakwah pd org ramai. Yg menjadi buruan hanya 3 org yg  berlainan. Di mana tahap keyakinan kitorang kat sinilah semuanye teruji…

                Shopping complex dah. Next is Tasik taman jaya…tempat utk task terakhir.. Task nie paling seronok sebab kna main cari2 barang. Da mcm hide-and-seek la plk. Cuba teka barang ape?? Jeng jeng jeng~ selipar jepun!! Nak buat ape ek dgn selipar jepun agak2???? Rupa2nye kna samak selipar tu dgn andaian yang selipar tu dah tkna najis khinzir. Ujian ni secara tak langsung refresh balek memory psl cara2 nk samak najis berat nie. Almaklumlah zaman sekolah da lame tinggal..

                Barang2 amanah yang dipegang dan dijaga dari awal sampailah ke cekpoint terakhir akhirnye digunakan. Nak buat je ape ngan kotak? Pensel warna? N so on? Fikir punya fikir rupa2nye tercetuslah satu idea dpd salah seorang peserta..

                One special thing about rukhfis kali ni; solat atas tanah! Dari segi mcm mane nk tentukan kiblat, n semua2 tuh, turut dipelajari mase RUKHFIS.. best tak best tak??
Supplement tambahan selepas solat Zohor berjemaah, ada pengisian ringkas daripada ustaz Muhsi. Alhamdulillahh…dapat lagi topup ilmu. >.<
Tp yg paling penting terjalinnye ukhuwah yang lagi erat  antara ahli2 musolla Astar.. Outcome yg paling susah nak dapat. ^.^


Ini dia barisan fasi-fasi yang berkaliber
Ingat ke ayat hafazan tu??
Agak2 hadis palsu ke hadis betul??
Inilah semangat yang kita mahu!!
Senyum senyum..nak amik gambar nie

# Harap maaf kalau ada stetmen yg buat mane2 pihak terasa..
(credit to Zack zuhaimi Kassim utk gambar2 yg cantik nie)

Monday, February 11, 2013

KISMIS Perdana~Amanat Mantan Musolla Astar


JANUARI 18, 2013
Amanat dari mantan dalam kismis perdana

-sentiasa solat sebelum dan selepas exam...minta pada DIA
-alQuran...manfaatkan ia untuk kehidupan kita
-solat...manfaatkan ia untuk kehidupan kita selagi mana boleh dimanfaatkan
-meminta pada DIA tapi janganlah melakukan larangan meninggalkan suruhan...
-bersyukur atas apa yang diberi
-kenapa Allah bagi kesusahan semasa kita belajar??kerana Allah nak bagi kemudahan n kesenangan utk b'buat amal di kemudian hari
Top of Form

KISMIS~~ 15 Januari



JANUARI 15, 2013

~ Siapa Allah di hatimu ~

-Allah sentiasa bersama bersama dengan hambaNya ketika susah & senang
"... aku bersama kamu walau dimama jua kamu berada.." (surah al-hadid:4)

-Allah telah berfirman di dalam surah al-baqarah :186
"... kalau hamba-hambaku bertanya kepadamu tentangku, katakan aku ini dekat.."
Allah sentiasa dekat dengan hambaNYa kerana Allah mahu menjaga kita n mencintai kita.

- Muhasabah diri di mana letakknya Allah di hati kita kerana ramai manusia yang akan mudah lalai dan lupakan Allah tatkala dikurniakan nikmat sehingga hilang rasa bersyukur terhadap pemberian Allah sedangakan Allah itu sentiasa mahu memberi yang terbaik untuk hambaNya.
".. andai kamu bersyukur, aku akan tambah lagi.." (surah ibrahim: 7)

-Awalludin Makrifatullah ( Awal agama adalah mengenal Allah)
Kita tidak berhak untuk pilih amalan dan syariat mana yang kita suka tetapi memilih apa yang telah diperintahkan untuk dilaksanakan dan meninggalkan apa yang telah dilarang.
KISMIS oleh Hazirah Ishak

KISMIS~~~6 Januari


JANUARI 6, 2013
pengajaran....
akhlak yang baik...tidak ragu-ragu melakukan kebaikan
perbuatan yang baik....selalu ragu-ragu melakukan kebaikan tetapi tetap mengerjakannya

Orang yang memiliki akhlak yang mulia juga menjadi orang yang dicintai oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan menduduki tempat yang hampir dengan baginda di Hari Akhirat:

Sesungguhnya orang yang paling aku cintai di antara kalian dan yang paling hampir tempat duduknya dengan aku pada Hari Kiamat adalah orang yang paling baik akhlaknya.Dan sesungguhnya orang yang paling tidak aku sukai dan paling jauh tempat duduknya dari aku pada Hari Kiamat adalah orang yang banyak berbicara, bermulut besar dan sombong
Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Tirmizi, hadis no: 2018 (Kitab al-Birr wa al-Solah, Bab berkenaan akhlak mulia).
KISMIS oleh Siti Nadia

KISMIS ~~1 Januari



JANUARI 1, 2013
TIPS MENJAGA HATI
1)sentiasa muhasabah diri
2)jangan ketawakan kesilapan org lain
3)banyakkan baca al_quran
4)bykkan b'doa padaNYa agar dilembutkan hati
5)letakkan Allah dalam setiap perkara yang dilakukan
6)cintai ilmu
7)banyak lakukan kebaikan
KISMIS  oleh Nur Farah Ainina Jamali

KISMIS 2012~26 Disember


DISEMBER 26, 2012
MUDA SAAT TERBAIK DEKATI ALLAH

masa muda ms yg BERHARGA.
fizikal mental, emosi dan jiwa masih ber tenaga dan bernyala-nyala. ini lah waktu PERDANA utk kita beribadah.

" hamba yg memburu kecintaan-Nya akan memberi usia utama (muda), bukan usia sisanya (tua) kepada ALLAH"
KISMIS oleh Sarah Hanim

Selamat Datang~~~

SESI 2012/2013

PERMULAAN BARU.......

Sunday, April 29, 2012

HADIS KE-2 ; 40 HADIS IMAM NAWAWI



Daripada Saiyidina 'Umar juga, r.a. beliau berkata: 
Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorangpun di kalangan kami yang mengenalinya. 

Lalu dia duduk menghampiri Nabi SAW lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata: 

Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang lslam.

Lalu Rasulullah SAW bersabda: lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa 
tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, (dan bahawa) engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke BaitulLah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya. 

Lelaki tersebut berkata: Benarlah engkau. Maka kamipun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya. 
Dia bertanya: 
Terangkan kepadaku tentang lman. Baginda bersabda: 

(lman itu ialah) bahawa engkau percaya kepada Allah, para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari Qiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk. Lelaki itu berkata: Benarlah engkau. Dia berkata lagi:
Terangkanlah kepadaku tentang Ihsan. Baginda bersabda: 

Ihsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya 
Dia melihatmu. Lelaki itu bertanya lagi: 
Terangkan kepadaku tentang Qiamat. Baginda bersabda: 

Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya. Lelaki itu berkata: Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya. Baginda bersabda: 

(Antara tandatandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kambing berlumba-lumba membina bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya). 

Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar. Kemudian Baginda bertanya: 

Wahai 'Umar! 
Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu? Aku berkata: Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda bersabda: 

Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu 
untuk mengajar kamu tentang agama kamu ♥


Credit to : Aisyah Shakirah 

Friday, April 20, 2012

40 Hadeeth an-Nawawi


Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.

________________________________________________
Girl: Chill, aku pakai cantik-cantik macam hana tajimanomoto ni untuk mencari keredhaan Allah.

Reflection: Banyak lah kau keredhaan! Ko tak syg jasad ke?
_________________________________________________
Setiap kali nak buat sesuatu, muhasabah diri jap. Betulke apa yang aku niatkan ini lillahi taala? tepuk dada tanya iman :)

Credit : aisyah Shakirah :)

Saturday, February 4, 2012

Maulidur Rasul 1433H



Assalamualaikum.

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Selasa 1432 Masihi ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda merupakan nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wata’ala.


Mengapa kita sambut?




Dalil-dalil umum dari Al Quran yang dijadikan hujjah oleh Ulamak yang membenarkan :

فَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ بِهِۦ وَعَزَّرُوهُ وَنَصَرُوهُ وَٱتَّبَعُواْ ٱلنُّورَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ مَعَهُ ۥۤ‌ۙ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ (١٥٧)

Maka orang-orang yang beriman kepadanya (Muhammad), dan memuliakannya, juga menolongnya, serta mengikut nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya (Al-Quran), mereka itulah orang-orang yang berjaya.
(Surah al A’raf 157)

Di dalam ayat ini dengan tegas menyatakan bahawa orang yang memuliakan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam adalah orang yang beruntung. Merayakan maulid Nabi termasuk dalam rangka memuliakannya.

ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتَيۡتُمُ ٱلزَّڪَوٰةَ وَءَامَنتُم بِرُسُلِى وَعَزَّرۡتُمُوهُمۡ وَأَقۡرَضۡتُمُ ٱللَّهَ قَرۡضًا حَسَنً۬ا لَّأُڪَفِّرَنَّ عَنكُمۡ سَيِّـَٔاتِكُمۡ وَلَأُدۡخِلَنَّڪُمۡ جَنَّـٰتٍ۬ تَجۡرِى مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ‌ۚ

Bahawa Aku adalah berserta kamu (memerhati segala-galanya). Demi sesungguhnya jika kamu dirikan sembahyang, serta kamu tunaikan zakat dan kamu beriman dengan segala Rasul (utusanKu) dan kamu muliakan mereka dan kamu pinjamkan Allah (dengan sedekah dan berbuat baik pada jalanNya) secara pinjaman yang baik (bukan kerana riak dan mencari keuntungan dunia), sudah tentu Aku akan ampunkan dosa-dosa kamu, dan Aku akan masukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai.
(Surah al Ma’idah ayat 12)

Erti “azzartumuhum” ialah “memuliakan mereka” (Tafsir Tabari, juz VI halaman 151) Orang yang memuliakan Nabi akan dimasukkan ke dalam syurga. Dan menyambut Maulid Nabi adalah dalam rangka memuliakan Nabi.



Ya Allah jadikanlah kami senantiasa menyintai Nabi Muhammad S.A.W 
Sama-sama kita berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW

Saturday, December 17, 2011

An-Nida' | Siri 2

Assalamualaikum~

Alhamdulilah, dapat menerbitkan risalah untuk kali kedua ini. Kali ini dibawakan dan memberi sedikit makluat mengenai ilmu dan tips untuk menjelang peperiksaan yang bakal tiba. InsyaAllah, dengan risalah ini membawa sedikit banyak ilmu kepada anda.

KISMIS 11


























Assalamualaikum~


Masa : Selepas Maghrib
Tarikh : 18 Disember 2011 - 18 Januari 2012
Tempat : Musolla ASTAR


InsyaAllah Balai Islam ASTAR akan menjalankan aktiviti K.I.S.M.I.S ( Kuliah Ilmu Sepuluh Minit InsyaAllah Selesai).

KISMIS ini merupakan satu slot kerohanian yang dijalankan atau akan disampaikan oleh ahli Balai Islam sendiri mengikut jadual atau susunan yang telah ditetapkan. Aktiviti ini dijalankan bagi mengisi ruang untuk masa antara maghrib dan isyak. Di samping memperolehi ilmu pengetahuan dan dapat menambah ilmu untuk dipaterikan dalam kehidupan. 

Banyak dalil yang menunjukkan bahawa menuntut ilmu itu hukumnya wajib, baik yang bersumber dari Al-Qur’an dan hadis Nabi SAW. mahupun dari fatwa ulama, antara lain sebagai berikut:

Allah SWT berfirman dalam Al-Qur’an:
"Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama?"
(At-Taubah:122)

ADAB menuntut ilmu hendaklah ikhlas dan diniatkan dalam hati kerana Allah. Apabila seseorang menuntut ilmu hanya untuk mendapatkan gelaran, kedudukan atau ingin menjadi orang dipandang, maka Rasulullah SAW memberi peringatan.

Baginda SAW bersabda yang bermaksud:
“Barang siapa menuntut ilmu yang dipelajari hanya kerana Allah sedangkan ia tidak menuntutnya kecuali untuk mendapatkan mata benda dunia, ia tidak akan mendapat bau syurga pada hari kiamat.” (Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah)
Apakah disyaratkan untuk memberi manfaat kepada orang lain kita perlu duduk di masjid atau memberi manfaat dengan ilmu itu pada setiap saat? Jawapan yang benar adalah yang kedua kerana Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sampaikanlah dariku walaupun cuma satu ayat.” (Hadis riwayat Bukhari)

Mengamalkan ilmu yang diperoleh termasuk adab terpenting bagi penuntut ilmu kerana amal adalah buah daripada ilmu, baik akidah, ibadah, akhlak mahupun muamalah. Orang yang memiliki ilmu seperti orang memiliki senjata yang tidak akan ada gunanya kecuali diamalkan (digunakan). InsyaALLAH.

Di sini terdapat kata-kata hikmat yang berkait rapat dengan ilmu pengetahuan dan sejauh mana fadhilatnya.



Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau danengkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan hartaterhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah bila dibelanjakan.

-Saidina Ali bin Abi Talib

Orang berilmu lebih utama daripada orang yang selaluberpuasa, bersolat dan berjihad. Apabila mati orang yang berilmu, maka terdapat suatu kekosongan selain olehpenggantinya (yang berilmu juga)
 -Saidina Ali bin Abi Talib

p/s : Marilah kita meriahkan lagi KISMIS ini dengan mengajak rakan-rakan anda ke Musolla ASTAR. Moga kita peroleh ilmu dan jadikan ia sebagai satu medium untuk memperbaiki diri. 

Thursday, December 15, 2011

Solat Hajat Ambang Peperiksaan 11


Assalamualaikum..

InsyaAllah pada 21 Disember 2011 ini akan diadakan solat hajat bersempena dengan musim peperiksaan yang akan bakal menjelma nanti. Marilah kita ramai-ramai meriahkan lagi aktiviti solat hajat kali ini.

“1000 miles of journey begin with one step”.

Seringkali apabila merasa ‘sempit’ dan dalam keadaan ‘terpaksa’, baru kita teringat kepada Pencipta. Kalau di waktu ‘lapang’ dan ‘tidak memerlukan’ maka kita seolah-olah membuang Tuhan, na’uzubillah.

Di ambang peperiksaan, ramai yang menjadi takut dan susah hati. Bimbang tidak mampu memberikan keputusan yang terbaik di mata ibu bapa, bimbang tidak mampu mengekalkan kecemerlangan lalu, bimbang tidak mampu menaikkan peratusan kelulusan yang lalu,bimbang tidak dapat keputusan yang ditarget dan kebimbangan-kebimbangan ini hanya lahir di ambang peperiksaan sedangkan di saat peperiksaan masih jauh (lambat lagi) kita merasa seolah-olah ‘dunia ini aku yang punya’ tanpa ada kesedaran dan minat untuk BERUSAHA. Di samping itu, kita hendaklah menjaga hubungan sesama manusia. Hablum minaLLAH wa hablum minannas.

TAWAKKAL kepada Allah dengan meletakkan seluruh pengharapan hanya kepada Allah yang pasti akan membantu hamba-hamba Nya. Serahkanlah hatimu kepada Allah, NATIJAH (keputusan) itu adalah urusan Allah.



Peperiksaan bukan hanya medan menguji ketajaman fikiran dan tumpuan minda untuk mencerna maklumat yang sudah di’download‘kan ke dalam otak, peperiksaan juga bukan sekadar menguji kepintaran seseorang dalam mengaplikasikan teori yang dihadamkan ke dalam sel-sel otak.

Menjelang peperiksaan kita akan memohon kemaafan dan meminta orang disekeliling menghalalkan apa yang terlebih dan terkurang (dalam hal akhlaq dan mungkin juga pada sudut material). Alhamdulillah, kesedaran untuk ‘selesaikan’ hutang sesama manusia sebelum menempuh peperiksaan sebenarnya akan menyuntik roh yang baru. Lebih baik kalau ianya dijadikan amalan, bukan sekadar trend menjelang peperiksaan.

*Kepada,sahabat-sahabat perjuangan yang akan menghadapi PEPERIKSAAN,lakukan yang terbaik,try your best to achieve good result.
Ingatlah ALLAH sentiasa,
Banyakkan solat hajat,doa dan istikharah memohon permudahkan urusan*