"Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang salih, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang- orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!"
(Surah Fussilat:Ayat 33)

Thursday, October 27, 2011

Warisan Kepimpinan Sesi 2011/2012



Assalamualaikum..

Alhamdulillah, akhirnya carta organisasi baru Balai Islam ASTAR telah siap dengan jayanya. Di atas ini merupakan barisan pemimpin yang baru yang bertanggungjawab bagi menggerakkan dakwah di Dunia ASTAR ini. Insyallah dengan izin Allah kami akan menjalankan tugas kami dengan sebaik-baiknya di atas jalan ALLAH ini. Sebagaimana dalam firman ALLAH : 

Khalifah di muka bumi

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”.

Kalimah خليفة (khalifah) dari sudut bahasa ialah orang yang menggantikan perbuatan orang lain. Khalifah yang dimaksudkan di sini sama ada makna majazi (cakap pinjam) iaitu manjawat/menjalankan pekerjaan yang dikehendaki oleh yang digantikan, seperti wakil dan orang yang menerima wasiat, iaitu orang yang mengatur pekerjaan di bumi yang dikehendaki oleh yang diganti (Allah). Kalimah khalifah tidakk boleh diguna makna hakiki (makna sebenar) disini kerana mustahil kita boleh menganti perbuatan Allah.

Di sini kita sebenarnya telah di amanahkan Allah tuk memakmurkan bumi Allah dgn melakukan pembangunan untuk kepentingan sejagat bukannya melakukan kerosakan di muka bumi .Kita juga di amanahkan tuk mengamalkan konsep amal makruf & nahi mungkar dalam kehidupan kita. Bukan hanya pemimpin yang dilantik sahaja yang boleh mentadbir alam ini, tapi kita sebagai umat Islam seharusnya menjadi khalifah di muka bumi ini dan harus mengamalkan amar makruf dan nahi mungkar. 

Adalah jelas bahawa melantik kepimpinan adalah wajib, dan bagi seseorang yang mampu dan layak, adalah menjadi fardu kifayah untuknya menawarkan diri untuk mengambil tampuk kepimpinan. Maka sekiranya beliau menjadi seorang pemimpin yang adil dan menjalankan tugasnya dengan patuh kepada ajaran dan petunjuk Allah swt, maka beliau akan mendapat perlindungan dari Allah pada hari di mana tidak ada perlindungan lain melainkan perlindungan Allah semata-mata.

Pastinya ilmu, iman, berhemah tinggi dan hikmah merupakan transformer penganjak yang mesti diaktifkan dan dipastikan terus mengaliri urat nadi kepimpinan umat masa kini dan generasi harapan pimpinan masa depan secara keseluruhannya. Ingatlah bahawa sesungguhnya generasi hari ini penentu kemandirian generasi mendatang. Kitalah rijal dan nisa’ penentu serta pembina hala tuju untuk masa depan agama, bangsa dan negara yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang! InsyaALLAH.


Lets Spread The Words Of Islam...

Sumber : I Luv Islam :)