"Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang salih, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang- orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!"
(Surah Fussilat:Ayat 33)

Thursday, October 27, 2011

Warisan Kepimpinan Sesi 2011/2012



Assalamualaikum..

Alhamdulillah, akhirnya carta organisasi baru Balai Islam ASTAR telah siap dengan jayanya. Di atas ini merupakan barisan pemimpin yang baru yang bertanggungjawab bagi menggerakkan dakwah di Dunia ASTAR ini. Insyallah dengan izin Allah kami akan menjalankan tugas kami dengan sebaik-baiknya di atas jalan ALLAH ini. Sebagaimana dalam firman ALLAH : 

Khalifah di muka bumi

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”.

Kalimah خليفة (khalifah) dari sudut bahasa ialah orang yang menggantikan perbuatan orang lain. Khalifah yang dimaksudkan di sini sama ada makna majazi (cakap pinjam) iaitu manjawat/menjalankan pekerjaan yang dikehendaki oleh yang digantikan, seperti wakil dan orang yang menerima wasiat, iaitu orang yang mengatur pekerjaan di bumi yang dikehendaki oleh yang diganti (Allah). Kalimah khalifah tidakk boleh diguna makna hakiki (makna sebenar) disini kerana mustahil kita boleh menganti perbuatan Allah.

Di sini kita sebenarnya telah di amanahkan Allah tuk memakmurkan bumi Allah dgn melakukan pembangunan untuk kepentingan sejagat bukannya melakukan kerosakan di muka bumi .Kita juga di amanahkan tuk mengamalkan konsep amal makruf & nahi mungkar dalam kehidupan kita. Bukan hanya pemimpin yang dilantik sahaja yang boleh mentadbir alam ini, tapi kita sebagai umat Islam seharusnya menjadi khalifah di muka bumi ini dan harus mengamalkan amar makruf dan nahi mungkar. 

Adalah jelas bahawa melantik kepimpinan adalah wajib, dan bagi seseorang yang mampu dan layak, adalah menjadi fardu kifayah untuknya menawarkan diri untuk mengambil tampuk kepimpinan. Maka sekiranya beliau menjadi seorang pemimpin yang adil dan menjalankan tugasnya dengan patuh kepada ajaran dan petunjuk Allah swt, maka beliau akan mendapat perlindungan dari Allah pada hari di mana tidak ada perlindungan lain melainkan perlindungan Allah semata-mata.

Pastinya ilmu, iman, berhemah tinggi dan hikmah merupakan transformer penganjak yang mesti diaktifkan dan dipastikan terus mengaliri urat nadi kepimpinan umat masa kini dan generasi harapan pimpinan masa depan secara keseluruhannya. Ingatlah bahawa sesungguhnya generasi hari ini penentu kemandirian generasi mendatang. Kitalah rijal dan nisa’ penentu serta pembina hala tuju untuk masa depan agama, bangsa dan negara yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang! InsyaALLAH.


Lets Spread The Words Of Islam...

Sumber : I Luv Islam :)

Friday, October 21, 2011

Akibat Meninggalkan JIHAD






بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Dari Abi Bakar r.a. tlh berkata bhw Rasulullah Sallallahu'alaihi wassalam bersabda:

"Tidaklah sesuatu yg meninggalkan jihad melainkan Allah menimpakan azab (kehinaan) ke atas mrk seluruhnya."
Riwayat at-Tabarani di dlm al-Awsat



Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala, yg bermaksud:

"Wahai org yg beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kpd kamu: "Pergilah beramai2 utk berperang pd jln Allah", kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing2)? Adakah kamu lebih suka dgn kehidupan dunia drpd akhirat? (kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di duni ini hanya sedikit jua berbanding dgn (kesenangan hidup) di akhirat kelak. Jika kamu tidak pergi beramai2 (utk berperang pd jln Allah - membela ugamanya), Allah akan menyeksa kamu dgn azab seksa yg tidak terperi sakitnya dan ia akan menggantikan kamu dgn kaum yg lain, dan kamu tidak akan dpt mendtgkan bahaya sedikitpun kpdNya, dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.
Surah at-Taubah: ayat 38-39



Dari Abi Hurairah r.a. bhw Rasulullah Sallallahu'alaihi wassalam bersabda:

"Sesiapa yg mati sedang ia tidak pernah berperang (berjuang) dan tidak pernah bercita2 utk berjuang, mati ia adalah di atas satu cabang dari cabang Nifaq (munafiq).
Riwayat Imam Muslim, Abu Daud dan an-Nasa'i



>>> Pastinya mrk yg meninggalkan jihad sgt dicela oleh syara' justeru mrk ini lemah jiwanya dan lumpuh sanubarinya, biarpun musuh sedang membantai mrk. Mrk hanya mampu mengeluh.

>>> Ayat2 Allah Subhanahu wa Ta'ala yg tersebut di atas telah pun terbukti di mana sekarang ini telah ada golongan bkn Islam/kaum yg lain tlh turut sama2 berjuang menegakkan kebenaran serta menentang kezaliman bg menggantikan mrk yg terdiri dr umat Islam itu sendiri yg menolak hukum Allah Subhanahu wa Ta'ala serta tidak mahu berjuang di jln Allah Subahanahu wa Ta'ala..



Sumber : Facebook

Tuesday, October 18, 2011

Circle Of Ukhuwah



بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ 



COU ataupun Circle Of Ukhuwah adalah salah satu program balai islam yg lebih bersifat komunikasi dua hala, dimana di dalam program ini, akan dibentukkan secara berkumpulan dan dari sini juga anda boleh berkongsi dan berbincang tentang ilmu agama, akademik, dan sebagainya. COU juga adalah medium dakwah yang membincangkan ,memahami dan menghayati Islam berdasarkan kepada perintah Allah di dalam surah Al-Maaidah ayat 2 yang bermaksud

“Dan hendaklah kamu bertolong-tolong untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolong dalam membuat dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaan-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintahnya). 

Ukhuwah adalah satu titik kekuatan bagi daie yang bergerak. Persahabatan dalam circle of ukhuwah sungguh unik dan sukar untuk difahami manusia biasa. Mereka yang berada di dalam ukhuwah bukanlah bersikap seperti malaikat. Mereka adalah jemaah manusia yang ingin berbuat baik, melaksanakan amanah Allah yang telah tertulis dalam Al-Quran. Jadi maksudnya mereka juga pernah melakukan kesalahan.Namun, mereka dan sesama sendiri  sentiasa pesan memesan antara satu sama lain, kerana mereka memang perlukan kepada peringatan. Bukankah peringatan itu bermanfaat bagi orang Islam??

Duduklah di bawah naungan Al-Quran bersama insan-insan yang mengingati kita dalam Rabithah nya.. Walaupun jauh jarak yang memisahkan kita. Kita masih berhubung di dalam doa kita. Moga syurga tempat pertemuan seterusnya yang membenarkan kita untuk duduk bersama-sama, bersenang-senang dalam kesibukan kita di sana kelak.

Ukhuwah bukan ikut mood kasih sayang. Ianya berlandaskan keimanan. Apabila sesuatu yang kita lakukan berlandaskan keimanan, ia tidak akan pernah mati,lebih panjang umurnya dari diri manusia itu sendiri. InsyaAllah.

Marilah kita menambah ilmu dengan melibatkan diri anda dengan COU ini. InsyaAllah Allah akan membantu kita :)

Lets Spread Words Of Islam....

Monday, October 17, 2011

Sekadar Renungan




 بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ 

>>> Hati yg bergetar dan khusyu' serta mata yg menangis hingga menitiskan air mata.Sesungguhnya getaran jiwa tersebut benar2 menunjukkan keimanan, sebagaimana terdpt dlm firmanNya:... 

"Sesungguhnya org2 yg beriman itu adalah mrk yg apabila disebut nama Allah, gementarlah hati mereka..." Surah al-Anfal: ayat 2

>>> Mata yg seperti inilah yg difirmankan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala: "Dan apabila mereka mendengarkan apa yg diturunkan kepada Rasul (Muhammad), kamu melihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan kebenaran (al-Qur'an) yg tlh mrk ketahui (dari kitab2 mereka sendiri)...". Surah al-Ma'idah:ayat 83

>>> Begitulah kiranya keadaan org2 Mukmin yg jujur dan khusyu': "Dan mereka menyungkur atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyu'." Surah al-Israa':ayat 109

>>> Hati mereka dpt mengambil manfaat dari nasihat2 dan (hal2 yg dpt) melembutkan hati dan mrk tidak menolaknya seperti org tuli dan buta. Hal ini dikeranakan mrk adalah org2 yg mengetahui dan mahu beramal. Mrk beriman, jujur , patuh dan selalu memohon ampunan. Di antara buah dr keheningan dan melembutan hati, serta rasa takut.

Monday, October 10, 2011

10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah


1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.

Saturday, October 8, 2011

Pemilihan AJK Balai Islam bagi sesi 2011/2012


Assalamualaikum~

InsyaAllah pada minggu hadapan akan diadakan temuduga pemilihan AJK Balai Islam Bagi Sesi 2011/2012. Dijemput semua muslimin dan muslimat ASTAR untuk datang ke sesi temuduga pemilihan AJK Balai Islam bagi tahun ini.

**Sila bawa bersama sekeping gambar pasport

Tarikh : 11-12 Oktober 2011
Masa : 5.30-7.00 petang
Tempat : Laman Santai ASTAR