بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
COU ataupun Circle Of Ukhuwah adalah salah satu program balai islam yg lebih bersifat komunikasi dua hala, dimana di dalam program ini, akan dibentukkan secara berkumpulan dan dari sini juga anda boleh berkongsi dan berbincang tentang ilmu agama, akademik, dan sebagainya. COU juga adalah medium dakwah yang membincangkan ,memahami dan menghayati Islam berdasarkan kepada perintah Allah di dalam surah Al-Maaidah ayat 2 yang bermaksud
“Dan hendaklah kamu bertolong-tolong untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolong dalam membuat dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaan-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintahnya).
Ukhuwah adalah satu titik kekuatan bagi daie yang bergerak. Persahabatan dalam circle of ukhuwah sungguh unik dan sukar untuk difahami manusia biasa. Mereka yang berada di dalam ukhuwah bukanlah bersikap seperti malaikat. Mereka adalah jemaah manusia yang ingin berbuat baik, melaksanakan amanah Allah yang telah tertulis dalam Al-Quran. Jadi maksudnya mereka juga pernah melakukan kesalahan.Namun, mereka dan sesama sendiri sentiasa pesan memesan antara satu sama lain, kerana mereka memang perlukan kepada peringatan. Bukankah peringatan itu bermanfaat bagi orang Islam??
Duduklah di bawah naungan Al-Quran bersama insan-insan yang mengingati kita dalam Rabithah nya.. Walaupun jauh jarak yang memisahkan kita. Kita masih berhubung di dalam doa kita. Moga syurga tempat pertemuan seterusnya yang membenarkan kita untuk duduk bersama-sama, bersenang-senang dalam kesibukan kita di sana kelak.
Ukhuwah bukan ikut mood kasih sayang. Ianya berlandaskan keimanan. Apabila sesuatu yang kita lakukan berlandaskan keimanan, ia tidak akan pernah mati,lebih panjang umurnya dari diri manusia itu sendiri. InsyaAllah.
Marilah kita menambah ilmu dengan melibatkan diri anda dengan COU ini. InsyaAllah Allah akan membantu kita :)
Lets Spread Words Of Islam....