"Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang salih, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang- orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!"
(Surah Fussilat:Ayat 33)

Friday, March 4, 2011

Awas! Aurat Wanita Perlu Dijaga~






Assalamualaikum..
Di sini ingin berkongsi sedikit maklumat mengenai aurat wanita yang perlu dijaga. Tambahan lagi, ASTAR akan julung kalinya mengadakan MPA (Majlis Penganugerahan ASTAR) yang akan dilangsungkan pada 5 Mac ini. Kepada semua, kita haruslah beringat dan mengingati sesama sendiri mengenai aurat yang perlu dijaga. Bergaya hendaklah juga mengikut syarak dan niat mestilah ikhlas dan janganlah hendak menunjukkan bangga diri dan menimbul perasaan bongkak. Kerana semua ini adalah godaan syaitan yang hendak manguji sejauhmana kukuhnya iman seseorang itu.


Di sini ada menyatakan bagaimana syaitan membuka aurat wanita  



Gambar di atas ini menunjukkan fesyen sekarang yang selalu dijadikan ikutan oleh para gadis sekarang yg menjadi simbolik iaitu UP-to-DATE.




KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja 
KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek. 
KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya. 
KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'. 
KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya. 
KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya. 
KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung. 
KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.







:.13 AURAT WANITA.:




1. BULU KENING -

Menurut Bukhari, Rasullulah melaknati perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.



2. KAKI MEMAKAI GELANG BERLOCENG -

Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari S ura h An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah.



3. WANGIAN-

Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.



4. DADA -

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari S ura h An-Nur Ayat 31.



5. GIGI-

Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.



6. MUKA DAN LEHER

Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.



7. MUKA DAN TANGAN -

Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.



8. TANGAN -

Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.



9. MATA -

Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari S ura h An Nur Ayat 31.



Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.



10. MULUT (suara) -

Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari S ura h Al Ahzab Ayat 32.



Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.



11. KEMALUAN -

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari S ura h An Nur Ayat 31.



Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.



Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.



12. PAKAIAN -

Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D <> aud <> , An Nasaii dan Ibn Majah.



Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - 
Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. RAMBUT -
Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.





Di sini juga share berapa kerat pantun mengenai aurat wanita.


Baju nipis nampak bayang,
Peha gebu saja ditayang,
Lebih baik tak pakai baju senang,
Dah tentu boleh tunjuk terang-terang.

Baju ketat seluar sendat,
Pakai tudung just ikat-ikat,
Dari mula memang bukan adat,
Disudut agama pun gaya tak berkat.

Tudung jarang baju nipis,
Pakai sikit boleh nampak ‘garis’,
Mata orang terbeliak, kita membengis,
Bila kena kutuk, kenapa menangis.

Lengan pendek blaus gantung,
Jeans ketat melekat dipunggung,
Jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung,
Agama tak suruh berbungkus macam pocong.

Apa rasanya, kepala bertudung, kain terbelah,
Kalau takat rambut orang kurang ghairah,
Lain kalau peha gebu atau ternampak lurah,
Mata yang memandang boleh keluar darah.

Kebaya ketat, kain terbelah
Ikat tudung macam tak sudah
Nak ikut suruhan agama memang tak mudah
Tapi Islam sebenarnya indah

Tutup aurat bukan suruh berselubung
Sampai tak nampak muka dan hidung
Yang faham tuntutan amat beruntung
Taklah bersungut mulut pun muncung

Dah kalau mula minat nak bertudung,
Cubalah sesuaikan apa yang disarung,
Kalau masih rasa jiwa tu ‘mendung’,
Maknanya nafsu tu belum dapat dibendung.

Bertudung itu bukan satu paksaan,
Ianya lebih kepada keinsafan,
Selalunya nafsu masih dikuasai syaitan,
Itu la pasal fesyen pun yang bukan-bukan,

Asal menutup aurat itu tuntutan,
Kalau dianggap susah, tu sebab bosan,
Yang ye nya hati tak berkenan,
Tu yang berjela-jela mencipta alasan.

Menutup aurat satu syariat,
Kepada agama kita taat,
Hidup berkat pahala berlipat-lipat,
Didunia selamat, di akhirat hebat.





Thursday, March 3, 2011

Etika Dalam Majlis




Bersempena dengan Majlis Penganugerahan Astar yang akan diadakan pada Sabtu bersempenaan 5 Mac 2011. Di sini ingin berkongsi  mengenai adab-adab yang harus dijaga sepanjang apa jua majlis yang berlangsung tidak kira rasmi atau tidak rasmi.


Mengetahui adab-adab dalam majlis adalah suatu keutamaan tersendiri kerana Allah SWT berfirman:
وَلَا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولًا
Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.” (QS Al Israa’ 17 : 36).

Rasulullah juga bersabda:
طلب العلم فريضة على كل مسلم
“Menuntut ilmu wajib bagi tiap Muslim”.
Berikut ini adalah adab-adab dalam bermajlis:
  • Mengucapkan salam kepada ahli majlis jika ia hendak masuk dan duduk pada majlis tersebut, hendaknya ia mengikuti majlis tersebut hingga selesai. Jika ia hendak meninggalkan majlis tersebut, ia harus meminta izin kepada ahli majlis lalu mengucapkan salam
  • Menjawab salam ketika seseorang masuk ke majlis atau meninggalkan majlis.
  • Duduk dengan tenang dan sopan, tidak banyak bergerak dan duduk pada tempatnya.
  • Tidak bermain-main dengan cincin, anggota badan,  banyak menguap, memasukkan tangan ke hidung, dan sikap-sikap lainnya yang menunjukkan ketidakhormatan kepada majlis.
  • Tidak terlalu banyak berbicara sia-sia, bersenda gurau ataupun berbantah-bantahan yang sia-sia. Bicara yang perlu dan penting saja, tanpa perlu berputar-putar dan berbasa-basi ke sana ke mari.
  • Mendengarkan orang lain berbicara hingga selesai dan tidak memotong pembicaraannya.
  • Tidak berbicara dua orang saja dengan berbisik-bisik (rahasia) tanpa melibatkan ahli majlis lainnya.
  • Tidak berbicara dengan meremehkan dan tidak menghormati ahli majlis lain, tidak merasa paling benar (ujub) dan sombong ketika berbicara.
  • Disunnahkan membuka majlis dengan khutbatul hajah (tahmid, tasyahud)
  • Disunnahkan menutup majlis dengan do’a kafaratul majlis.

 Disunnahkan menutup majlis dengan do’a kafaratul majlis. Lafaznya adalah sebagai berikut :

سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك (حديث صحيح رواه ترمذي

Ertinya : “Maha Suci Engkau ya Allah, dengan memuji-Mu aku bersaksi bahwa tiada sesembahan yang haq disembah melainkan diri-Mu, aku memohon pengampunan-Mu dan bertaubat kepada-Mu.” (HR. Turmudzi, Shahih). Diriwayatkan pula oleh Tdzi, ketika Nabi ditanya tentang do’a tersebut, beliau menjawab, untuk melunturkan dosa selama di majlis.