"Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang salih, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang- orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!"
(Surah Fussilat:Ayat 33)

Monday, December 6, 2010

:.Salam Maal Hijrah 1432.:


Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dirahmati Allah S.W.T. Apa khabar iman hari ini? Dikesempatan ini, ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1432. Moga dengan keberkatan tahun baru ini, kita bersama-sama berusaha memperbaiki diri kita untuk menjadi lebih baik dari tahun sebelum-sebelumnya. Amin.. InsyaAllah.


DOA AKHIR TAHUN



Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan
aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"



DOA AWAL TAHUN

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan 
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan". 


P/s : Moga tahun baru ini membawa seribu satu perubahan yang positif dalam diri. Salam Maal Hijrah :)

0 comments: