Alhamdulillah, Pada 26 september lalu, Balai Islam ASTAR telah berjaya menganjurkan satu aktiviti yang bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim sesama ahli, iaitu Jamuan Hari Raya Balai Islam, program ini diadakan di Tasik Varsity University Malaya.
Sepanjang aktiviti dijalankan, pelbagai program telah diselitkan bersama untuk memeriahkan lagi suasana yang wujud sesama ahli, diantaranya kuliah pagi yang disampaikan oleh saudara Hizami, usrah kumpulan yang diadakan bagi menambah ilmu di dada, dan beberapa game yang dimainkan untuk mewujudkan interaksi sesama ahli kumpulan justeru mewujudkan keakraban sesama ahli. Perkara yang paling dinanti-nantikan dalam program ini, semestinya makan kan?? Seterusnya, kami dihidangkan dengan jamuan yang sangat lazat untuk santapan kami pada hari tersebut. Sedikit gambar sebagai tatapan dan juga kenangan semasa aktiviti tersebut.
Saudara Hizami sedang memberi tazkirah yang berbentuk nasihat dan pengajaran kepada Ahli Balai Islam
Semua ahli khusyuk dan memberi tumpuan yang sepenuhnya ketika diberikan tazkirah untuk dijadikan sebagai pedoman hidup
Pengerusi (saudara Hanif) dan Saudara Asyraf sbg Pengerusi Majlis menerangkan tentatif majlis yang dilakukan pada hari tersebut.
Warga muslimat sedang mengagihkan makanan untuk dijadikan santapan pada hari tersebut.
Dari kiri Saudara Azhari dan Saudara Hasyim (merupakan Ex-Officio Balai Islam) yang sedang menjamah makanan
Ini merupakan salah satu aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut
Warga Putera Balai Islam dan bersama-sama Saudara Hizami
Barisan Putera Balai Islam 2010/2011
Barisan Puteri Balai Islam 2010/2011
Semoga aktiviti ini dapat dijalankan lagi kerana dapat merapatkan ukhuwah yang terjalin sesama Keluarga Balai Islam ASTAR. Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Jibril sentiasa mewasiatkan kepadaku mengenai jiran tetangga sehingga aku mengira bahawa beliau iaitu jiran tersebut yang akan mewarisinya (pusaka). InsyaAllah~
0 comments:
Post a Comment